Page 93 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 93

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 86


               ini sejajar dengan dapatan kajian yang memaklumkan cabaran yang dihadapi oleh
               siswa  pendidik  dalam  pengintegrasian  teknologi  dalam  pembelajaran  dan
               perbincangan  berkumpulan  tanpa  bersemuka.  Seperti  yang  telah  dibincangkan  di
               atas,  guru  perlu  menyesuaikan  pengajarannya  dengan  keperluan,  minat,  dan
               kemampuan  pelajar  individu  untuk  memastikan  setiap  pelajar  dapat  mencapai
               standard setinggi yang mungkin.

                       Akan tetapi, pada hakikatnya dalam keadaan luar biasa dan terdesak ekoran
               PKP, pertimbangan aspek-aspek tersebut khususnya minat pelajar serta persediaan
               tidak dapat dilaksanakan secara rapi dan teliti. Walau bagaimanapun, siswa pendidik
               telah didedahkan kepada penggunaan aplikasi Padlet terlebih dahulu melalui aktiviti
               tutorial  secara  tidak  langsung  bagi  memberikan  kesan  ‘mirror  image’  tentang
               penggunaan aplikasi tersebut. Dengan demikian, seperti yang dinyatakan oleh Fullen
               dan Scott (2014), projek NPDL ini telah melibatkan penerapan tiga elemen utama
               dalam  pedagogi  guru,  iaitu  pembelajaran  kolaboratif,  tugasan  pembelajaran
               mendalam  yang  menstrukturkan  proses  pembelajaran  ke  arah  penggunaan
               pengetahuan  secara  purposeful  dan  atau  penciptaan  pengetahuan  baru  dan
               penggunaan peralatan dan sumber digital yang dapat meningkat dan mempercepat
               proses pembelajaran.

                       Bagi pihak pelajar pula, seperti yang telah dibincangkan di atas, mereka perlu
               memiliki tiga elemen yang saling berkaitan untuk mencapai pembelajaran mendalam:
               masteri,  identiti  dan  kreativiti  (Mehta  &  Fine,  2019).  Walaupun  dapatan  kajian
               menunjukkan bahawa elemen 6C berjaya diterapkan pada tahap yang tinggi dalam
               proses  pembelajaran,  tetapi  tahap  masteri  yang  merujuk  kepada  penguasaan
               pengetahuan  dan  kemahiran  dalam  bidang  pendidikan  bahasa  Jepun
               berkemungkinan masih berada pada tahap yang rendah ataupun sederhana. Begitu
               juga dengan aspek identiti yang mana tempoh masa yang panjang diperlukan bagi
               membolehkan pelajar berkemampuan dalam menghubungkaitkan diri individu dengan
               bidang  pendidikan  bahasa  Jepun.  Perkara  yang  sama  juga  boleh  dibincangkan
               berkenaan  dengan  kreativiti,  di  mana  kemampuan  pelajar  untuk  mengaplikasikan
               pemahaman  kandungan  tersebut  terhadap  lapisan  pembelajaran  seterusnya
               memerlukan tempoh masa yang lebih panjang.

                       Dengan demikian, boleh dirumuskan bahawa kejayaan sesuatu projek NPDL
               khususnya  dalam  menerapkan  elemen  6C  tidak  bermakna  bahawa  keboleh
               penyampaian kepada pembelajaran mendalam dalam erti kata sebenar telah berlaku.
               Hal  ini  adalah  kerana  masteri  pembelajaran  mendalam  memerlukan  proses
               pembelajaran yang berterusan dan berkesinambungan. Oleh itu, tempoh masa yang
               lebih panjang diperlukan.

                   Sebaliknya, cabaran luar biasa akibat PKP telah memberikan ruang dan peluang
               bagi pembelajaran yang lebih bermakna kepada siswa pendidik. Mereka berpeluang
               mempelajari  serta  mengasah  kemahiran  masing-masing  dalam  pemilihan  dan
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98