Page 92 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 92

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 85


               diperlukan untuk persekitaran kerja abad ke-21 (Nehe, Surya, & Syahputra, 2017).
               Perkembangan pemikiran kreatif guru dalam banyak aspek bergantung kepada kualiti
               latihan profesional mereka, termasuk pembentukan pemikiran kreatif dalam tugasan
               latihan  guru  (Kotluk  &  Kocakaya,  2018  seperti  yang  dinyatakan  dalam  Borodina,
               Sibgatullina & Gizatullina,2019). Utami, Usodo, dan Pramudya (2019) mencadangkan
               supaya guru mencabar pelajar dengan tugasan/soalan berbentuk masalah terbuka,
               meminta pelajar menyelesaikan masalah dengan pelbagai cara penyelesaian sebagai
               latihan  untuk  meningkatkan  kreativiti  masing-masing.  Tujuannya  supaya  pelajar
               menguasai 6 teras pembelajaran secara lebih mendalam, iaitu memiliki keupayaan
               dalam menguasai kandungan akademik teras serta berkebolehan berfikir secara kritis
               dan  menyelesaikan  masalah  kompleks,  bekerja  secara  kolaboratif,  berkomunikasi
               dengan  efektif,  belajar  bagaimana  untuk  belajar  dan  membangunkan  pemikiran
               (mindset) akademik. (Vander & Schneider, 2014, m.s. 4).

                       Berdasarkan dapatan tentang manfaat pengalaman pembelajaran seperti yang
               dinyatakan  di  atas,  projek  NPDL  ini  telah  berjaya  mendedahkan  siswa  pendidik
               terhadap kepelbagaian pengalaman dalam penggunaan strategi pembelajaran yang
               lebih mendalam seperti yang disarankan oleh Martinez (2020). Antaranya termasuk
               pengalaman  dalam  melaksanakan  pembelajaran  autentik  yang  melibatkan
               pembelajaran aktif, bermakna dan ‘personalised.’ Subjek tidak diajar secara terpisah.
               Sebaliknya, pembelajaran dihubungkan dengan tema, konsep dan pelbagai subjek
               serta  menerapkan  pembelajarannya  kepada  masalah  dunia  nyata  (harmoni).
               Teknologi dijadikan sebagai ‘enabler of work collaboration’ menggunakan program
               dan  aplikasi  sebagai  kaedah  digital  dalam  melaksanakan  penyelidikan,  membina
               kemahiran  berfikir  secara  kreatif  dan  kritis,  merancang  projek,  berkolaboratif  dan
               berkomunikasi di dalam dan di luar institut, dan memperluas pilihan mereka untuk
               mempersembahkan  karya  secara  kreatif  di  samping  pembinaan  rangkaian
               melangkaui tembok bilik darjah. Yang terpenting tidak lain dan tidak bukan adalah
               NPDL  ini  bermula  dengan  satu  tujuan:  usaha  pemupukan  kesedaran  terhadap
               kepentingan  konsep  harmoni  dalam  kehidupan  dan  diri  pelajar,  di  mana  siswa
               pendidik perlu tahu mengapa mereka menjalankan projek berkenaan, apa yang ingin
               mereka hasilkan, dan kepentingannya.

                       Walau bagaimanapun, berdasarkan dapatan tentang cabaran dan cadangan
               penambahbaikan  projek  yang  diperoleh,  pendedahan  dan  pemahaman  siswa
               pendidik terhadap projek NPDL perlu ditambah baik bagi memastikan kesediaan diri
               dalam kalangan siswa pendidik yang terlibat. Pada hakikatnya, pelaksanaan projek
               NPDL  dalam  kajian  ini  juga  menghadapi  cabaran  dan  kekangan  di  luar  jangkaan
               ekoran  pandemik  Covid  19.  Seperti  yang  telah  dinyatakan  di  atas,  perancangan
               pelaksanaan  projek  melalui  bengkel  secara  bersemuka  yang  melibatkan  pelajar
               sekolah  terpaksa  digantikan  dengan  mod  digital  menggunakan  aplikasi  e-buletin
               Padlet.  Perubahan mod  ini  sedikit  sebanyak  telah merumitkan  dan membebankan
               siswa  pendidik  kerana  mereka  terpaksa  merancang  semula  aktiviti  yang  telah
               dirancang dalam pakej pembelajaran mengikut kesesuaian mod baharu tersebut. Hal
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97