Page 136 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 136
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 129
mencetuskan pemikiran guru untuk berfikir cara yang terbaik untuk best practices dalam
mencapai matlamat pengajaran pada hari itu. Walau bagaimanapun, proses merungkai
standard juga boleh ditambahbaik sekiranya GD dapat menuju soalan-soalan yang lebih
spesifik untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan juga Big idea dan soalan-soalan
penting yang berkaitan dengan topik yang ingin diajar mengikut DSKP. Borang Panduan
Merungkai Standard tidak dikongsikan antara PI bersama dengan guru kerana PI tidak
ingin memberikan stress pada guru yang berkenaan.
Dalam proses perkongsian pengalaman tentang PBD yang dijalankan oleh GD, PI
telah meneliti lembaran kerja yang diberikan oleh GD. Banyak isu yang dibincangkan
dan GD menunjukkan minat dan keinginan untuk mencuba pentaksiran sebagai
pembelajaran iaitu penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri untuk membaiki
pentaksiran yang telah beliau jalankan sebelum ini. Beliau menyatakan murid-murid
amat terus terang dalam memberikan refleksi pemahaman mereka terhadap topik yang
diajar pada hari tersebut. Beliau juga merasa seronok membaca maklum balas murid-
murid terhadap pembelajaran hari tersebut. Sesi perkongsian ilmu bagaimana untuk
menyediakan senarai semak untuk pentaksiran rakan sebaya dan pentaksiran kendiri
telah berlaku antara guru dan PI. Ini telah meningkatkan keyakinan GD dalam
melaksanakan pentaksiran tersebut di dalam bilik darjah. GD juga secara suka rela
berkongsikan pengajaran beliau dengan PI, PK dan SISC+. Namun, pengajaran yang
dilakukan hanya diperhatikan secara langsung oleh pihak yang terlibat dan tidak
dirakamkan untuk perbincangan lanjutan yang boleh membantu dalam meningkatkan
kualiti bimbingan supaya menjadi lebih menyeluruh dan mantap. Perbincangan untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran ‘small project big impact’ sempat dikongsikan bersama
oleh PI dan SISC+. Namun, aktiviti strategi pembelajaran lain seperti bercerita, main
peranan, kuiz dan permainan tidak dibicarakan oleh PI bersama GD.
Menurut Knight (2018), terdapat empat langkah penting yang harus diikuti dalam
Komponen 3, iaitu Meningkat. Langkah-langkah tersebut termasuklah Mengesahkan
Hala tuju, Menyemak Kemajuan, Merancang Peningkatan/Penambahbaikan dan
Merancang Tindakan Seterusnya. Dalam setiap langkah, PI seharusnya menanyakan
soalan-soalan terbuka untuk menjemput GD untuk berfikir bersama perkara-perkara
seperti yang dinyata dalam Knight (2019). Berpandukan kepada soalan-soalan yang
diberikan, PI ada menujukan beberapa soalan-soalan seperti yang telah dinyatakan
kepada GD, cuma soalan-soalan yang ditujukan adalah tidak begitu terperinci seperti
yang disyorkan. Perkongsian ilmu dalam penyediaan senarai semak untuk GD mengenai
strategi pengajaran lain yang boleh dilaksanakan juga tidak dibincangkan bersama.

