Page 132 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 132
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 125
Peserta Kajian
Sampel kajian ini merupakan satu persampelan bertujuan kerana pengkaji telah
ditugaskan untuk menjalani bimbingan instruksional berasaskan sekolah untuk PBD di
sekolah yang berkenaan. Selain daripada pengkaji sendiri, sampel kajian juga terdiri
daripada seorang guru yang telah dikenal pasti oleh Guru Besar sekolah berkenaan untuk
dibimbing oleh PI. Beliau ialah seorang guru Matematik yang mengajar Tahun 3 yang
mempunyai pengalaman mengajar selama 16 tahun. Kelas yang menjadi tumpuan guru
Matematik ini terdiri daripada murid yang pelbagai pencapaian dengan bilangan seramai
30 orang.
Pengumpulan data
Data dikumpul melalui perjumpaan face to face dalam sesi bimbingan instruksional yang
dijalankan antara GD dan pengkaji. Semua yang dibincangkan telah didokumentasikan
oleh pengkaji dalam setiap perjumpaan interaksi dan bimbingan di sekolah tersebut.
Selain daripada perbincangan berdailog, dokumen sokongan seperti DSKP (Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran), RPH (Rancangan Pengajaran Harian), pelbagai
jenis pentaksiran untuk murid-murid seperti penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri juga
dirujuk. Pemerhatian formal pengajaran guru dalam kelas juga dilakukan bersama
dengan SISC+. Pengkaji telah mendapat persetujuan GD untuk melaporkan keseluruhan
pengalaman proses bimbingan instruksional yang dijalankan. Walau bagaimanapun,
gambar-gambar yang melibatkan murid-murid tidak akan dipaparkan kerana pengkaji
tidak mendapatkan kebenaran dari murid-murid di sekolah yang berkenaan.
Kronologi dalam proses bimbingan instruksional di sekolah
Perbincangan yang seterusnya akan bersandarkan kepada proses bimbingan
instruksional Model Impact Cycle yang juga dikenali sebagai Kitaran Bimbingan
Instruksional seperti di Rajah 1.
Komponen 1: Kenal pasti
Menurut Knight (2018), terdapat tiga perkara yang perlu diketengahkan dalam komponen
kenal pasti, iaitu realiti semasa, matlamat dan strategi pengajaran. Untuk sesi
perjumpaan pertama, pengkaji selaku PI telah berdailog dengan guru untuk mendapatkan
gambaran jelas tentang realiti semasa, mengenal pasti matlamat, memilih strategi PdP
untuk memenuhi matlamat, memantau kemajuan dan menyelesaikan masalah sehingga
matlamat dipenuhi. Sesi berdailog bermula dengan perbincangan topik, iaitu Tajuk 6
Ukuran dan sukatan, Standard Kandungan 6.2 Jisim, Standard Pembelajaran 6.2.2
Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga 3 ukuran jisim melibatkan kilogram dan

