Page 133 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 133
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 126
gram berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 3.
Perbincangan merungkai standard berdasarkan Backward Design telah dibincangkan
bersama. Aktiviti yang dicadangkan oleh GD adalah menggunakan strategi berpusatkan
murid dan bahan. Penggunaan papan putih kecil secara individu untuk penyelesaian
masalah operasi tolak yang diberikan oleh guru digunakan sebagai pentaksiran formatif.
Lembaran kerja yang berkaitan juga akan diberikan. Matlamat yang ingin dicapai oleh
guru adalah murid-murid dapat mencapai Standard Prestasi Tahap 5, iaitu murid-murid
dapat menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan ukuran dan sukatan dengan
pelbagai strategi.
Perbualan selanjutnya mengenai isu realiti semasa dengan guru yang
berpengalaman ini mendapati bahawa bukan semua murid mampu melakukan operasi
berkenaan secara individu. Beliau memaklumkan strategi yang dirancang tidak
melibatkan pengabungan murid-murid pelbagai pencapaian dalam kumpulan dan
sememangnya murid lemah tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberikan oleh
guru. Beliau juga menyatakan kekangan kesuntukan masa untuk menghabiskan sukatan
pengajaran beliau. Pentaksiran formatif yang diberikan lebih menumpu kepada lembaran
kerja yang diberikan.
PI juga telah berdailog dengan guru untuk mencapai matlamat berdasarkan
konsep PEERS (Powerful, Easy, Emotionally Compelling, Reachable and Student-
focused) seperti dicadangkan oleh Knight (2018). PI bertanyakan guru tentang strategi
pengajaran yang berpusatkan murid yang lebih sesuai yang boleh dirancangkan. Guru
diminta untuk berfikir tentang strategi yang dapat melibatkan lebih ramai murid pelbagai
pencapaian melalui penglibatan rakan sebaya. Pengajaran murid-murid yang lebih
pandai dapat membantu murid-murid yang lemah. Pentaksiran sebagai pembelajaran
yang melibatkan penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri juga dikongsikan bersama
PI dan guru supaya masalah guru dapat diselesaikan dan matlamat pengajaran dapat
dicapai. PI mencuba untuk membawakan elemen PEERS semasa berdailog bersama
tentang matlamat dan strategi yang ingin diaplikasikan oleh GD. GD mengambil semua
hasil perkongsian dailog bersama untuk dipertimbangkan dan menggunakan budi bicara
profesional beliau untuk menghasilkan pengalaman terbaik (best practices) di dalam bilik
darjah.
Komponen 2 : Belajar
Sesi perjumpaan kedua, guru berbincang dengan PI, pengajaran yang telah
dilaksanakan oleh beliau seperti yang telah dibincangkan. GD telah menunjukkan RPH
yang disediakan dan juga segala kerja latihan yang telah beliau laksanakan bersama
murid-muridnya. Kerja kumpulan yang melibatkan penilaian rakan sebaya dan penilaian
kendiri juga dikendalikan oleh guru. Hasil daripada penilaian formatif yang dilakukan

