Page 131 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 131
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 124
murid-murid. Murid-murid perlu mengadaptasi kepada persekitaran mereka demi untuk
belajar. Pengalaman yang dilalui oleh guru dan murid menyumbang kepada
pembelajaran yang begitu bermakna untuk kedua-dua pihak. Pengkaji telah
menggunakan falsafah teori Dewey untuk memperlihatkan pengalaman dan
pembelajaran yang dilalui oleh PI dan GD sebagai satu penerokaan pengalaman yang
bermakna yang dilalui bersama.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian inkuiri naratif ini adalah untuk menggambarkan pengalaman proses
bimbingan instruksional berasaskan sekolah yang telah dikendalikan oleh pengkaji
bersama dengan guru dibimbing di sebuah sekolah rendah di daerah Kinta Utara.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini amat penting dalam perkongsian maklumat kepada pembimbing instruksional
yang lain untuk sama-sama melihat kepada proses bimbingan yang diberikan kepada
guru-guru yang berbeza. Perkongsian pengalaman yang penting ini dapat
memanfaatkan perlaksanaan Bimbingan Instruksional untuk Perlaksanaan PBD supaya
ia dapat dilaksanakan dengan berjaya di seluruh negara seperti yang dikehendaki oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
METODOLOGI
Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk inkuiri naratif. Creswell
(2013) menyatakan pengkaji naratif mengumpulkan data melalui cerita dari individu
(termasuk dokumen), melaporkan pengalaman individu dan meletakkan pengalaman-
pengalaman tersebut secara kronologi. Cerita naratif yang diperoleh dari pengalaman
individu boleh membawa kepada maklumat baru terhadap identiti individu tersebut dan
juga mempengaruhi bagaimana individu tersebut melihat terhadap diri mereka sendiri.
Pendekatan inkuiri naratif ini membolehkan peserta kajian memahami tentang isu atau
masalah yang dihadapi dan melibatkan diri secara langsung dalam mendapatkan
maklumat yang ingin diperoleh.

