Page 134 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 134
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 127
menunjukkan semua murid-muridnya dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah
dirancangkan oleh beliau. Penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri yang
dilaksanakan oleh murid-murid menunjukkan mereka dapat membuat refleksi dan menilai
perkembangan pembelajaran masing-masing. Pentaksiran sebagai pembelajaran yang
telah dilakukan oleh GD telah membolehkan murid menunjukkan mereka memahami
tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang mereka patut lakukan. GD telah
menyatakan murid-murid telah menunjukkan mereka dapat mencapai standard prestasi
tahap penguasaan 5, iaitu menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan ukuran dan
sukatan dengan pelbagai strategi.
Perkongsian dialog seterusnya antara PI dan GD menuju ke arah untuk
meningkatkan tahap penguasaan standard prestasi murid-murid dari 5 ke 6, iaitu
menyelesaikan masalah harian bukan rutin melibatkan ukuran secara kreatif dan inovatif.
Banyak cadangan idea yang dikongsikan oleh PI dan SISC+ yang mengaitkan
penglibatan murid dalam pembelajaran kontekstual yang lebih bersifat ‘hands-on, minds-
on’. Teknik main peranan yang melibatkan small project big impact juga dikongsikan
bersama dengan GD untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh kepada beliau.
Dengan perkongsian idea melalui dialog bersama, guru bersetuju untuk mencuba idea-
idea baharu supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan PBD
dapat dimantapkan lagi. GD seterusnya mengambil semua hasil perkongsian dailog
bersama dan menggunakan budi bicara profesional beliau untuk menghasilkan best
practices yang seterusnya. GD memodelkan strategi pengajaran yang seterusnya dalam
bilik darjah bersama murid-murid. Teknik modeling ini diperhatikan oleh Penolong
Kanan, PI dan juga SISC+.
Komponen 3 : Meningkatkan
GD memberikan RPH pengajaran beliau pada hari tersebut yang melibatkan satu
pengajaran yang mengambil masa setengah jam. Aktiviti yang melibatkan kerja
kumpulan dan kerja individu telah dilaksanakan. Banyak aktiviti hands-on telah
dikendalikan. Dalam sesi refleksi bersama beliau, banyak perkara yang telah
dikongsikan bersama. PI telah mengemukakan beberapa soalan seperti 1. Pelaksanaan
pengajaran apa yang berjaya? 2. Apa yang anda telah belajar? 3. Apa kekangan yang
dihadapi apabila melaksanakan pengajaran dan pembelajaran? 4. Apa yang anda
nampak dalam pelaksanaan pdp yang menunjukkan strategi anda telah berjaya? 5. Apa
kemajuan yang anda telah lakukan untuk memastikan matlamat anda tercapai dan 6.
Bahagian manakah dalam pdp yang anda rasa ‘mengagumkan’ anda? GD memberikan
refleksi yang menyatakan aktiviti yang dijalankan berjaya mencapai hasil pembelajaran
yang telah dirancang. Beliau juga menyatakan pentaksiran berkumpulan yang
melibatkan penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri amat sesuai untuk mengambil

