Page 135 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 135

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 128




               kira  perbezaan  individu  dari  segi  pencapaian  mereka.    Penolong  Kanan  beliau  juga
               merasakan aktiviti ‘sorting blok Lego’ amat berkait dengan kehidupan harian pelajar yang
               sememangnya murid selalu bermain dengan blok untuk tajuk Dimensi.  GD merasakan
               aktiviti  yang  melibatkan  penilaian  kendiri  dan  rakan  sebaya  adalah  aktiviti  yang
               ‘mengagumkan’ kerana murid-murid melakukan penilaian kendiri dengan jujur dan ikhlas.


                       Selepas perbincangan refleksi bersama GD, PI juga melontarkan beberapa soalan
               untuk difikirkan oleh guru untuk pengajaran beliau yang seterusnya.  Antara soalan yang
               ditujukan termasuk 1.  Adakah anda akan kekalkan strategi pengajaran yang telah anda
               gunakan?  2.  Adakah anda ingin menukar ke strategi yang baru? 3.  Adakah anda ingin
               menukarkan halatuju anda?  GD sendiri menyatakan kepuasan hati dengan pencapaian
               matlamat  pengajaran  pada  hari  tersebut  dan  beliau  menyatakan  beliau  akan  terus
               dengan  pentaksiran  sebagai  pembelajaran  yang  beliau  sendiri  berpendapat  sangat
               berkesan  digunakan dalam bilik darjah  untuk  murid-murid  yang  pelbagai pencapaian.
               Kerja  kumpulan  dan  aktiviti  yang  dikaitkan  dengan  pengalaman  sebenar  murid-murid
               sememangnya dapat menarik perhatian dan meningkatkan pemahaman murid terhadap
               topik yang diajar pada hari tersebut.



               DAPATAN DAN PERBINCANGAN


               Menurut Knight (2018), untuk mendapatkan realiti semasa yang sebenar dalam situasi
               bilik darjah, PI seharusnya berkongsi dengan GD kefahaman tentang keadaaan sebenar
               melalui tiga strategi yang berbeza iaitu (a) rakaman video (b) belajar melalui murid (c)
               pengumpulan data melalui pemerhatian.  Namun demikian, pengalaman yang diceritakan
               oleh PI menunjukkan PI hanya mendapat data tentang realiti semasa melalui perbualan
               secara  langsung  dengan  GD  sahaja.    Pengumpulan  data  terus  dari  murid-murid  dan
               pemerhatian di dalam bilik darjah tidak dilakukan oleh PI.  Kutipan data mengenai realiti
               semasa secara langsung dari guru berkemungkinan tidak menyeluruh dan tidak dapat
               menunjukkan gambaran sebenar yang berlaku.  Banyak maklumat yang penting mungkin
               tercicir.    Pengumpulan  maklumat  yang  lebih  terperinci  dan  tepat  boleh  dikumpul
               sekiranya  salah  satu strategi  yang  disyorkan  oleh  Knight  (2018) digunakan.    Senarai
               semak yang diberikan dalam Pasukan Panel Modul Bimbingan Instruksional PBD (2019)
               juga  seharusnya  digunakan  oleh  PI  untuk  membantu  dalam  mendapatkan  maklumat
               realiti  semasa  yang  lebih  menyeluruh.    Pengalaman  dari  PI  dan  GD  menunjukkan
               kekuatan berdailog bersama antara GD dan PI mengenai PBD dan pelan pembelajaran
               banyak dikongsikan bersama melalui ‘think, pair, share.’


                       PI banyak menggunakan kemahiran mendengar dan kemahiran menanya soalan
               untuk  mendapatkan  seberapa  banyak  maklumat  yang  boleh  diperoleh  dari  GD.
               Percambahan  idea  semasa  berinteraksi  dengan  guru  membuahkan  idea  dan
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139