Page 23 - LAPORAN PEO.pdf
P. 23
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
1.6.4. Apakah tahap keupayaan graduan PISMP IPG dalam mencari dan mengurus
maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber?
1.6.5. Apakah tahap kebolehan graduan PISMP IPG dalam mempamerkan kemahiran
keusahawanan, pengurusan dan keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk
pembangunan kerjaya?
1.6.6. Apakah tahap keupayaan graduan PISMP IPG terhadap nilai dan sikap
profesionalisme, ciri-ciri kepimpinan, berkemahiran sosial, bertanggungjawab dan
mampu melaksanakan kerja berpasukan?
1.7 Kerangka Konsep Kajian
Kerangka konsep kajian ini adalah merujuk kepada elemen Objektif Pendidikan Program
(PEO) yang telah dihasilkan oleh KPM PEO adalah pernyataan yang menjelaskan hasil
pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap graduan dalam sesebuah program akademik
setelah berada dalam alam pekerjaan selama di antara 3-5 tahun. Program ini mempunyai
enam (6) PEO yang perlu dicapai oleh setiap graduan. Daripada enam elemen PEO yang
telah dikemukakan penyelidik telah membina satu kerangka konsep kajian seperti ditunjukkan
telah dibina untuk menjelaskan hala tuju kajian ini
Walaupun elemen PEO telah dilaksanakan dalam peringkat institusi pendidikan
khususnya IPG, KPM tetapi agak longgar dan kurang diimplementasikan. Sehubungan itu,
penyelidik merasakan ada ruang untuk menjalankan kajian terhadap graduan PISMP agar
dapat menggalakkan pembangunan pengetahuan, kemahiran dan sikap (KSAs) individu dari
segi kebertanggungjawaban, berfikir secara kritis dan kreatif, tabiat kerja yang positif,
pembelajaran yang di gerak sendiri oleh graduan dan kesedaran terhadap kemahiran yang
diperlukan untuk menjadi modal insan yang berjaya (Noraini, Wahid Razzaly, et al., 2007).
Dalam Rajah 1.1 menunjukkan elemen PEO merupakan pemboleh ubah bebas (independent
variable) terhadap tahap amalan PEO (pemboleh ubah bersandar) atau dependent variable.
Kerangka konseptual ini adalah berdasarkan konstruk dan sub konstruk PEO yang telah
digariskan (KPM, 2017)
7

