Page 50 - LAPORAN PEO.pdf
P. 50

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                Maka, penyelidik membuat persediaan bagi melaksanakan kajian rintis dengan menyediakan
                set instrumen setelah semua  proses penyediaan instrumen  telah dilaksanakan untuk
                diberikan kepada kumpulan graduan yang mempunyai  demografi yang sama dengan
                responden  dalam kajian sebenar.  Penyelidik menjalankan kajian rintis ini dengan
                mengedarkan atau memuat naik set soal selidik kepada 35 orang responden yang diambil
                daripada populasi kajian berdasarkan kepada saranan Chua (2006). Responden merupakan
                graduan PISMP  yang  telah dua tahun berkhidmat di  kawasan  Melaka,  Johor dan  Negeri
                Sembilan secara  dalam talian (online) daripada kelompok rawak. Mereka  diberikan soal
                selidik yang mengandungi 199 item yang berskala Likert. Penyelidik telah memastikan soal
                selidik secara online dijawab oleh graduan PISMP tersebut. Semua responden yang terlibat
                dalam kajian rintis ini tidak dipilih dalam kajian sebenar. Data kuantitatif yang diperoleh
                daripada kajian rintis ini dianalisis dengan menggunakan perisian Winsteps yang merupakan
                satu perisian komputer yang  digunakan untuk menganalisis data berdasarkan model
                pengukuran Rasch. Sistem ini telah memudahkan  penganalisisan bagi  data-data yang
                dikumpulkan penyelidik dalam kajian. Empat diagnosis analisis data akan dilakukan dalam
                proses pembinaan instrumen dengan menggunakan Winsteps ini seperti; kebolehpercayaan
                dan pengasingan item-responden, mengesan  polarity item yang mengukur konstruk
                berdasarkan nilai PTMEA CORR., kesesuaian (fit) item mengukur konstruk dan menentukan
                item bersandar berdasarkan nilai korelasi residual terpiawai. Hasan (2012) dalam kajiannya
                menyatakan, penggunaan bentuk diagnosis ini bergantung pada keperluan sesuatu kajian.
                Tujuan analisis data pada peringkat rintis ini adalah untuk memilih item yang terbaik daripada
                item yang telah dirintis dan diuji (Cohen & Swerdlik, 2002).

                3.9   Kebolehpercayaan Item dan Responden

                Indeks kebolehpercayaan responden bermaksud andaian kebolehan individu dalam sampel
                adalah tekal walaupun diberikan set yang lain tetapi mengukur konstruk yang sama. Indeks
                kebolehpercayaan item pula dinyatakan sebagai kesukaran item adalah berbanding sampel
                lain yang mempunyai kebolehan yang  setara.  Berdasarkan model pengukuran Rasch,
                kebolehpercayaan item dan responden mampu untuk ditentukan. Kebolehpercayaan item dan
                responden dapat menunjukkan sejauh mana keserasian item kepada model Rasch. Menurut
                Bond & Fox (2007), nilai kebolehpercayaan yang diterima kuat adalah yang melebihi 0.8.
                Manakala McMillan & Schumacher (1984) menyatakan bahawa, nilai alpha 0.70 hingga 0.90
                merupakan julat yang boleh diterima bagi memastikan dan membolehkan instrument kajian
                digunakan dalam penyelidikan. Nilai kebolehpercayaan Item ialah  0.85 manakala  nilai
                kebolehpercayaan responden ialah 0.99.



                                                     34
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55