Page 49 - LAPORAN PEO.pdf
P. 49

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)




                3.6   Kesahan Kandungan Dan Muka

                Dalam kajian ini, penyelidik telah melakukan dua jenis pengesahan iaitu pengesahan muka
                dan  pengesahan kandungan yang  dilakukan  oleh 15  orang pakar dalam  beberapa siri
                pertemuan  untuk membina dan memurnikan item-item PEO.  Pengesahan muka yang
                dilakukan bertujuan untuk memeriksa dari segi bahasa penyampaian yang digunakan dan
                susun atur keseluruhan set soal selidik. Gay & Airasian (2003) menyatakan, semakan dan
                pengesahan daripada pakar amat diperlukan bagi memastikan instrumen kajian itu dapat
                memenuhi kehendak penyelidik berdasarkan kepada objektif kajian yang telah ditetapkan.

                      Kesahan dilakukan dari aspek kesahan kandungan dan kesahan muka. Maklum balas
                dan cadangan terhadap instrumen dari aspek kejelasan makna item dan kejelasan arahan
                yang  diberikan terus  dimurnikan dalam sesi perjumpaan  dan disambung secara talian.
                Pengumpulan hasil  dilaksanakan oleh  setiausaha dan penyelaras  kumpulan  penyelidik.
                Menurut Aiken (2003) menyatakan bahawa pengesahan muka dan pengesahan kandungan
                bertujuan untuk memeriksa sejauh mana kebolehan sesuatu alat ukur mengukur apa yang
                sepatutnya diukur. Kesahan kandungan merujuk kepada situasi di mana kandungan sesuatu
                alat ukur itu berjaya mencungkil maklum balas yang dapat mewakili keseluruhan domain,
                kemahiran global, pemahaman dan tingkah laku yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut.
                Semakan  pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan
                kandungan (Kline, 2005; Hulse, 2006).

                3.7   Membaiki dan Menyediakan Item Untuk Kajian Rintis

                Apabila instrumen telah  disemak  dari aspek  kesahan  dan kebolehannya,  penyelidik
                melakukan proses membaiki item yang didapati tidak sesuai daripada pandangan pakar untuk
                dijadikan sebagai item. Penyelidik merujuk kepada komen dan pandangan sebagai rujukan
                bagi melaksanakan proses pembaikan item.  Setelah itu,  penyelidik membuat  persediaan
                untuk kajian rintis dengan menyediakan instrumen yang lengkap berserta arahan menjawab
                bagi mengelakkan responden tidak memahami cara untuk menjawab soal-selidik.


                3.8   Kajian  Rintis

                Kajian rintis dilakukan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen yang telah dibangunkan
                dan mengesan kelemahannya. Penyelidik memastikan bahawa instrumen yang digunakan
                telah mengikut piawaian yang telah ditetapkan sebelum menjalankan proses kajian rintis.


                                                     33
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54