Page 47 - LAPORAN PEO.pdf
P. 47

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                berbeza. Secara prinsipnya, semakin besar saiz sampel, semakin kecil perbezaannya (nilai
                min). Jika jumlah sampel adalah 2000 hingga 3000 orang, keputusan akan menjadi hampir
                sama. Namun begitu, pensampelan yang besar memerlukan kos yang tinggi dan masa yang
                lebih panjang untuk menyelesaikannya. Namun, kajian atas talian telah menjawab kepada
                masalah sampel yang besar kerana kos percetakan  dan penghantaran  borang  telah
                dikurangkan ke tahap paling minimum.

                3.5   Instrumen  Kajian

                Dalam kajian ini, kumpulan penyelidik telah membangunkan instrumen soal  selidik
                berdasarkan Model Rasch dengan membentuk konstruk dan sub konstruk dalam enam PEO
                yang telah dikenal pasti. Sesi perbincangan dan sumbang saran berlaku secara semuka dan
                maya bagi mencapai item-item soalan dalam setiap PEO. Sesi pemurnian bersemuka juga
                telah dilaksanakan yang mana elemen-elemen isi kandungan, bahasa dan pembawa makna
                diselaraskan dan dimurnikan agar maksud item tercapai. Seterusnya set instrumen telah diuji
                dalam kajian rintis sebelum kajian sebenar dijalankan. Selepas kajian rintis dilaksanakan, satu
                lagi analisis dijalankan iaitu  Analisis Pembersihan Item  berdasarkan Model Rasch
                menggunakan kaedah Windstep. Item-item yang didapati tidak sesuai (unfit) selepas analisis
                ini  dibuat, digugurkan daripada  soal selidik  dan daripada analisis  kajian  sebenar. Proses
                selepas itu menjalankan kajian sebenar dan analisis kajian. Akhirnya, kajian ini diharapkan
                dapat memberikan rumusan yang hampir tepat terhadap tahap graduan PISMP kepada
                kecapaian PEO IPG.
                      Pembinaan item bagi instrumen kajian ini  dijalankan setelah konstruk dan sub
                konstruk yang telah dikenal pasti. Untuk langkah yang seterusnya, item dibangunkan dengan
                bentuk  penilaian  persepsi di mana skala Likert empat mata digunakan seperti yang
                disarankan oleh Majid Konting (1990), Uma Sekaran (2000) dan Esa (2006), iaitu seperti
                Jadual 3.3 Berdasarkan Bond & Fox (2007), skala Likert ini berupaya untuk mengukur tahap
                persetujuan persepsi responden melalui item yang dibina.

                                      Jadual 3.3: Pemarkahan Skala Likert

                                     Skala Likert          Tahap
                                          1          Sangat Tidak Setuju
                                          2             Tidak Setuju
                                          3                Setuju
                                          4             Sangat Setuju



                Instrumen soal selidik yang dibangunkan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan
                Bahagian B.


                                                     31
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52