Page 51 - LAPORAN PEO.pdf
P. 51

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                3.10 Kajian Sebenar

                Kajian Impak PEO graduan PISMP IPG seramai 939 responden telah menjawab soal selidik
                atas talian. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS version 20.0.


                3.10.1      Penyediaan Instrumen: Kajian Sebenar

                Selepas melakukan analisis data pada peringkat kajian rintis, penyelidik memastikan item
                yang dihasilkan dan dibina mencapai standard yang dikehendaki dengan memperbaiki dan
                menggugurkan item yang tidak mencapai standard supaya instrumen yang dihasilkan menjadi
                lebih berkualiti dari aspek kesahan dan kebolehpercayaannya sebelum ditadbir dalam kajian
                sebenar. Penyelidik telah memastikan bahawa instrumen yang diberikan kepada responden
                bebas daripada sebarang kesalahan dan kesilapan dari aspek ayat dan ejaan. Penyelidik
                membuat persediaan bagi melaksanakan kajian sebenar dengan memuat naik dalam google
                form instrumen dalam bentuk soal selidik dengan jumlah item 146. Borang soal selidik ini
                dipaut pada laman web IPGK Perempuan Melayu Melaka dan bukannya di web IPGM, untuk
                memudahkan  penganalisisan  data kerana IPGKPMM adalah  pengerusi kepada Jawatan
                Kuasa Penyelidikan Zon Selatan IPGM.



                3.10.2 Proses Pentadbiran Soal Selidik Kajian Penilaian PEO graduan PISMP

                Proses mentadbir soal selidik tidak semuanya berlaku secara dalam talian, tetapi sebahagian
                besar proses berlaku secara on-line terutamanya ketika responden menjawab soal selidik dan
                menghantar soal selidik tersebut. Carta alir proses pentadbiran Kajian Penilaian PEO graduan
                PISMP IPG adalah seperti berikut:

                   1.  Surat punca kuasa atau arahan daripada IPGM ke JPN Negeri Sembilan, Johor dan
                      Melaka untuk melaksanakan  Kajian Impak PEO graduan PISMP IPG di sekolah-
                      sekolah Zon Selatan
                   2.  Surat punca kuasa atau arahan daripada JPN Negeri Sembilan, Johor dan Melaka ke
                      PPD  di negeri masing-masing untuk melaksanakan Kajian Impak  PEO graduan
                      PISMP IPG di sekolah-sekolah Zon Selatan
                   3.  Surat  punca kuasa atau arahan daripada  PPD  ke sekolah-sekolah  dalam jajahan
                      untuk melaksanakan Kajian Impak PEO graduan PISMP IPG di sekolah-sekolah Zon
                      Selatan
                   4.  Graduan PISMP IPG di sekolah (responden) menjawab soalan dalam talian




                                                     35
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56