Page 54 - LAPORAN PEO.pdf
P. 54

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                                         Muzik                      14              1.5
                                         Bahasa Arab                21              2.2
                                         Sejarah                     2              .2
                                         Lain-Lain                   5              0.5
                  Lokasi Sekolah         Bandar                     350            37.3
                  (N = 939)              Luar Bandar                543            57.8
                                         Pedalaman                  46              4.9
                  Tahun Penempatan       2011                       225            24.0
                  (N = 939)              2012                       313            33.3
                                         2013                       401            42.7


                3.11  Tatacara Analisis Data

                Setelah memperoleh data melalui kajian sebenar, analisis data dilakukan dengan
                menggunakan SPSS versi 20.0. Analisis data yang dilakukan terhadap item instrumen soal
                selidik Kajian Penilaian Objektif Pendidikan Program (PEO) graduan PISMP IPG. Bagi
                menganalisis data tahap PEO graduan PISMP IPG, penyelidik menggunakan perisian SPSS
                versi 20.0 bagi setiap konstruk PEO dengan melihat nilai min dan sisihan piawai.


                3.12 Rumusan

                Bahagian ini membincangkan bagaimana kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap
                PEO graduan PISMP IPG. Sehubungan itu, satu set soal selidik secara on-line dibangunkan
                untuk mendapatkan data daripada responden mengikut zon selatan yang telah disasarkan.
                Pemilihan responden berdasarkan sampel rawak mudah kluster bertujuan kerana memilih
                graduan lepasan IPG yang mempunyai pengalaman mengajar tiga hingga lima tahun yang
                bertugas di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jangka masa soal selidik ini
                ditadbir ialah lebih kurang enam bulan. Kajian bermula dengan pembinaan item, pemurnian
                item, kajian rintis, pembersihan item, kajian sebenar, analisis data dan pelaporan. Proses
                pentadbiran soal selidik bermula daripada pembinaan soal selidik yang sah, mendapatkan
                punca kuasa daripada IPGM dan seterusnya ke JPN, PPD dan sekolah. Graduan PISMP di
                sekolah (responden) menjawab soal selidik secara on-line secara pautan di web IPGKPMM.
                Soal selidik  dianalisis menggunakan perisian SPSS versi  20.0  dan hasil dapatan  akan
                dibincangkan dalam Bab 4 iaitu dapatan kajian.









                                                     38
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59