Page 88 - LAPORAN PEO.pdf
P. 88

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                5.4.3.  Elemen 3: Berkomunikasi secara berkesan dengan memartabatkan
                      Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.

                Kurikulum yang menekankan  penguasaan  bahasa Melayu  dan Inggeris perlu  ditambah
                baik/digubal semula bagi melahirkan golongan generasi akan datang yang dapat menguasai
                kemahiran dwi bahasa (Melayu dan Inggeris). Sebagai seorang guru kemahiran komunikasi
                sangat penting, sekiranya mereka dapat menguasai dwi bahasa ini dapat membantu murid-
                murid dengan mewujudkan perkembangan bahasa mereka secara tidak langsung.  Selain itu,
                akan mengubah persepsi diri guru yang lebih positif dan memberikan keyakinan diri untuk
                berhadapan dengan dunia luar.

                      Sijil atau pengiktirafan yang berkaitan dengannya perlu diberikan kepada pendidik
                yang telah mencapai tahap kompetensi yang diperlukan sebagai persediaan untuk kerjaya
                yang lebih cemerlang.

                      Aspek pengambilan guru sama ada di peringkat IPG dan universiti perlu mewajibkan
                individu yang telah menguasai penguasaan dwi bahasa dengan baik (Ujian Kelayakan Calon
                Guru).  Ini kerana bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu pengetahuan dan merupakan sumber
                yang penting  untuk mendapatkan maklumat  dan bahan rujukan yang diperlukan semasa
                membuat tugasan, tesis dan sebagainya.


                5.4.4  Elemen 4: Berupaya mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada
                      pelbagai sumber.

                Kementerian yang terlibat  perlulah menyediakan   keistimewaan kepada  pendidik  dalam
                capaian ICT yang pantas dalam mengakses maklumat berkaitan. Ketika ini capaian internet
                di sekolah amat mendukacitakan dan guru pula tidak mempunyai masa yang mencukupi di
                sekolah untuk mengakses internet kerana beban kerja yang tinggi. Capaian internet yang baik
                memudahkan guru mempelbagaikan bahan sumber untuk PnP.Pusat Kegiatan Guru perlu
                diperkemaskan dalam membantu menjalankan latihan dalam perkhidmatan yang berteraskan
                ICT.

                      Kemudahan capaian internet  di sekolah  perlu  kemas kini dengan  berkesan  dan
                dipantau oleh syarikat ‘Vendor’ dari semasa ke semasa supaya kemudahan yang diberikan
                dapat dipantau digunakan dengan lebih bermanfaat dan berkesan.







                                                     72
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93