Page 89 - LAPORAN PEO.pdf
P. 89
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
5.4.5 Elemen 5: Kemahiran keusahawanan, pengurusan dan menyedari keperluan
pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya.
Kurikulum sedia ada telah menerapkan kemahiran keusahawanan dan perlu diubahsuai
berdasarkan keperluan semasa. Penerapan elemen kemahiran keusahawanan kepada guru-
guru supaya dapat melahirkan guru yang kompeten bukan sahaja mampu mengajar tetapi
mempunyai ketrampilan diri yang meyakinkan. Kemahiran keusahawanan antara kemahiran
insaniah yang harus dimiliki oleh guru sebagai penjana modal insan, bukan sahaja sebagai
penyampai ilmu dan memberi maklumat, namun bertanggungjawab membimbing pelajar
dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diterima dalam realiti dunia hari ini yang sentiasa
mengalami perubahan di luar kawalan.
Para pendidik juga perlu diberikan galakan, peluang, kemudahan dan insentif yang
bersesuaian dalam melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, ijazah, ijazah kedua dan
ketiga. Peluang harus dibuka kepada guru-guru dengan memberikan tawaran dan
kemudahan yang lebih fleksibel bagi menarik minat guru-guru untuk melanjutkan pelajaran
dengan kelonggaran beberapa syarat seperti masa bekerja, pembayaran yuran dan cuti.
Pihak IPGM perlu memikirkan mekanisme melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana
dan PhD di IPGK dalam memperkasakan fungsi IPGK seluruh negara. Selaras dengan usaha
IPGM untuk menjadikan IPG sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan sudah tentunya
memerlukan tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan dan kepakaran.
5.4.6 Elemen 6: Memiliki nilai dan sikap profesionalisme, ciri-ciri kepimpinan,
berkemahiran sosial, bertanggungjawab dan mampu melaksanakan kerja
berpasukan.
Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan perlu dilaksanakan dengan menggunakan agensi
kerajaan secara guna tenaga bersama antara pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri,
Institut Pendidikan Guru dan Universiti bagi meningkatkan kompetensi pendidik. Selain
berfungsi sebagai pusat latihan kepada bakal guru, IPGK juga perlu diberikan tanggungjawab
untuk menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dan panjang/ latihan dalam perkhidmata
terhadap guru-guru sekolah bagi tujuan kenaikan pangkat/kursus-kursus ini diiktiraf untuk
dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat.
Pelbagai aspek kemudahan kekal perlu ditambah dalam agensi pendidikan khusus
untuk pendidik menjalankan tugas dengan cekap. Pihak-pihak yang bertanggungjawab
seperti Bahagian Pendidikan Guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah mengambil
tindakan sewajarnya sama ada untuk tujuan pemantapan kursus dengan penyediaan
kemudahan fizikal ke tahap yang lebih baik atau pun membaik pulih (pengubahsuaian)
bahagian-bahagian yang didapati ada kelemahan.
73

