Page 90 - LAPORAN PEO.pdf
P. 90
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
Keberkesanan latihan dalam membangunkan watak guru yang berjaya.
Menggunakan model-model latihan dan pendidikan yang bersesuaian selaras dengan
pendidikan abad ke-21 yang mana guru perlu mahir dan bersedia dengan pelbagai perubahan
yang dapat memberikan impak yang positif kepada dunia pendidikan untuk menghasilkan
guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, menguasai ilmu dan kemahiran.
Berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 antara ciri-ciri
guru-guru abad ke -21 ialah memiliki ciri-ciri identiti profesional iaitu menguasai subjek iaitu
kandungan kurikulum, mahir dan berketrampilan dalam pedagogi dan mampu menggunakan
teknologi yang terkini.
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan
Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan ialah :
5.5.1 Menggunakan Kaedah Penyelidikan Gabungan
Kajian yang dijalankan hanya menggunakan kaedah kuantitatif. Oleh itu adalah dicadangkan
agar kajian ini dapat mengukur pelbagai dimensi dalam pengumpulan data melalui kaedah
gabungan.
5.5.2 Peruntukan Kewangan
Disebabkan kajian ini mempunyai impak yang tinggi dalam kalangan guru, adalah
dicadangkan diberi peruntukkan yang bersesuaian agar kajian lanjutan dapat dijalankan
dengan lebih teratur yang melibatkan kepakaran dari pihak IPGM dan KPT.
5.6 Rumusan
Bab ini telah membincangkan hasil penemuan kajian yang dilaporkan dan kesesuaiannya
dalam menjawab objektif kajian yang digariskan. Perbincangan juga telah menerangkan
tentang enam elemen PEO dan disokong dengan kajian literatur. Melalui perbincangan yang
telah dibuat kesimpulan kajian telah diulas dan seterusnya beberapa cadangan serta syor
untuk kajian akan datang telah diketengahkan untuk tindakan pihak yang berkaitan dalam
usaha mengembangkan ilmu pengetahuan dan aspek-aspek yang menunjangi aspirasi
pendidikan negara seiring dengan tuntutan globalisasi sebagai tuntutan masa kini dalam
dunia pendidikan.
74

