Page 87 - LAPORAN PEO.pdf
P. 87
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
5.3.2 Pembinaan Instrumen Kajian
Kajian ini telah menghasilkan pembinaan Instrumen Kajian Berasaskan 6 PEO bagi mengkaji
pengamalan PEO di sekolah dalam kalangan guru-guru PISMP yang telah ditempatkan
bermula tahun dari 2013 bagi mengetahui sama ada enam PEO yang dilaksanakan dalam
kurikulum di IPG diaplikasikan di sekolah setelah mereka menjadi guru permulaan.
Berdasarkan kajian ini beberapa elemen, sub-konstruk dan item dalam PEO ini perlu
diubahsuai supaya skop/konsep PEO lebih jelas.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Bahagian ini akan membincangkan beberapa cadangan bagi meningkatkan keberkesanan
dan memberi nilai tambah kepada dapatan kajian dalam rangka mengemas kini nilai dan
kualiti pendidikan negara.
5.4.1 Elemen 1: Berpengetahuan dan berkemahiran praktikal dalam bidang keguruan
selaras dengan kehendak organisasi dan pelanggan.
Bakal pendidik perlu didedahkan dengan pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran secara
realiti dan praktikal supaya mereka dapat mengaplikasikan di sekolah secara berterusan
dalam aspek kurikulum dan kokurikulum. Perkara ini selaras dengan kehendak Kementerian
Pendidikan agar guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai perubahan global dalam
dunia pendidikan (PPPM 2013-2015).
Jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi membuka minda pendidik untuk didedahkan
dengan jaringan sistem pendidikan luar negara dan diaplikasikan dalam negara jika
bersesuaian. Lawatan kolaborasi pendidikan antara Malaysia dengan negara-negara lain
perlu dimanfaatkan supaya pertukaran kemahiran dapat digunakan dalam memperbaiki
pendidikan negara selaras dengan perubahan global.
5.4.2 Elemen 2: Menjana penyelesaian masalah dalam bidang keguruan melalui
pendekatan saintifik secara inovatif, kreatif dan beretika.
Institusi keguruan perlu diberikan penghargaan dan pengiktirafan oleh pihak kementerian
dengan berdasarkan konsep ‘Harta Intelek’ terhadap setiap pencapaian, inovasi dan
pemikiran kreatif yang telah dihasilkan oleh mereka. Ketika ini banyak hasil kajian/inovasi
yang dihasilkan oleh guru dan pihak IPGK yang mempunyai nilai komersial tidak diberikan
penghargaan yang sepatutnya oleh pihak kementerian berbanding dengan hasil
kajian/inovasi yang dihasilkan oleh universiti.
71

