Page 83 - LAPORAN PEO.pdf
P. 83
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
maklumat yang diperlukan dengan cekap dan berkesan, menilai maklumat dan sumbernya
secara kritikal, menerap maklumat terpilih ke dalam asas pengetahuan dan sistem nilainya,
secara persendirian atau sebagai ahli kumpulan, mengguna maklumat untuk mencapai
matlamat tertentu, memahami isu ekonomi, perundangan dan sosial mengenai penggunaan
maklumat, mencapai dan mengguna maklumat secara sah dan beretika.
Dalam elemen penggunaan maklumat, guru baharu PISMP mereka didapati
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk belajar tetapi masih kurang memahami maklumat
secara mendalam dan kurang yakin menyampaikan maklumat secara inovatif kepada pihak
yang berkepentingan. Dapatan ini selaras dengan Bruce (2002) yang menyatakan
pengurusan dan penggunaan maklumat merupakan literasi yang kritikal dan penting dalam
kehidupan masyarakat abad ke-21 umumnya. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
guru baharu PISMP, wajar sekiranya diadakan beberapa kaedah pengajaran literasi
maklumat dan pendidikan pengguna iaitu sebagai kursus wajib, sesi latihan penyertaan
secara sukarela, dan sesi latihan dalam subjek/kursus terjadual atau atas permintaan.
5.2.5 Tahap Kemahiran Keusahawanan, Pengurusan dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat
Dapatan kajian menunjukkan aspek kemahiran keusahawanan, pengurusan dan
pembelajaran sepanjang hayat ialah pada tahap tinggi. Ini selaras dengan hasil kajian oleh
Sarebah Warman et al., (2010), menunjukkan kecenderungan pelajar terhadap bidang
keusahawanan dan penerapan kemahiran keusahawanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara keseluruhannya adalah tinggi. Manakala dapatan kajian oleh
Norfadhilah dan Halimah (2010), yang mendapati bahawa ciri keusahawanan iaitu bertenaga,
bertanggungjawab, berkeyakinan diri, berpandangan jauh, komited kepada kerja, kreatif dan
inovatif serta mempunyai lokus kawalan dalaman dalam kalangan pelajar IPTA adalah pada
tahap tinggi kecuali ciri berani mengambil risiko berada pada tahap sederhana. Oleh itu
jelaslah di sini, Institusi pendidikan dan latihan perlu memainkan peranan dalam membentuk
budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar dalam menjana kemakmuran dan
pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam aspek kemahiran pengurusan guru baharu PISMP pula, dapatan kajian ini
selaras dengan dapatan kajian Zahara dan Nik Azleena (2007), yang menunjukkan aspek
pengetahuan pengurusan aktiviti pembelajaran pada keseluruhannya adalah pada tahap
yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang tinggi bagi
mengurus dan merancang aktiviti pembelajaran sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Oleh itu adalah menjadi satu keperluan bagi guru-guru baharu
67

