Page 84 - LAPORAN PEO.pdf
P. 84
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
PISMP untuk meningkatkan lagi kemahiran pengurusan merancang aktiviti pembelajaran
mereka dengan memberi penekanan kepada aspek pembelajaran sepanjang hayat agar
kompetensi pedagogi pengajaran guru-guru baharu ini terus mencapai kecemerlangan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Malaysia agar benar-benar mencapai hasratnya.
Dalam aspek kemahiran pembelajaran sepanjang hayat guru baharu PISMP dapatan
kajian ini seiringan dengan dapatan kajian oleh Zarina (2014), yang mendapati tahap
pembelajaran sepanjang hayat pelajar adalah tahap tinggi. Ini menunjukkan guru baharu
PISMP mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pembelajaran sepanjang
hayat dalam meningkatkan lagi kompetensi pedagogi mereka bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
5.2.6 Tahap Nilai dan Sikap Profesionalisme, Kepimpinan, Kemahiran Sosial,
bertanggungjawab dan Kerja Berpasukan
Hasil kajian mendapati nilai profesionalisme kepimpinan, kemahiran sosial,
bertanggungjawab dan kerja berpasukan adalah tinggi. Responden menunjukkan ciri-ciri
professional dalam menjalankan tanggung jawab yang diberi. Pendidik profesional yang
dimaksudkan adalah pendidik yang berkualiti, berkompetensi dan pendidik yang diharapkan
dapat membantu meningkatkan prestasi murid serta mampu memotivasikan mereka untuk
belajar. Namun begitu, pada realitinya kemenjadian guru profesional memerlukan masa yang
panjang untuk dihasilkan.
Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap profesionalisme guru adalah baik.
Responden dapat menghayati, memahami dan mematuhi Kod Etika yang digariskan oleh
KPM untuk lahir sebagai seorang pendidik. Mereka menunjukkan tahap profesionalisme yang
tinggi kepada semua murid; menghormati sosial, budaya, bahasa, agama, latar belakang
etnik, dan komited terhadap usaha meninggikan pencapaian pendidikan mereka. Pada masa
yang sama semua murid dilayan dengan adil dan saksama secara berterusan, dengan
menghormati dan memahami perkembangan pembelajaran yang pelbagai dalam diri
seseorang murid. Menurut Grimlett dan MacKinnon (1992), penguasaan aspek-aspek nilai
profesionalisme akan dapat membentuk satu asas pengetahuan pedagogi pelajar.
Pemahaman tentang apa yang pelajar percaya, apa yang mereka perlu ambil berat dan apa
tugas yang mereka inginkan adalah perlu untuk memotivasikan pelajar supaya mereka
bekerja kuat dan memperoleh kejayaan.
68

