Page 85 - LAPORAN PEO.pdf
P. 85
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
Dalam elemen kerja berpasukan dapatan kajian ini menyokong pendapat Lussier dan
Achua (2001), sesebuah pasukan kerja yang berkesan, memerlukan ahlinya memiliki ciri-ciri
untuk menjayakan matlamatnya iaitu mencapai sinergi, saling menolong antara ahli dan
penilaian sebaya, berinovasi dan mencapai kemajuan yang berterusan, kepuasan ahli yang
tinggi serta mematuhi kehendak ahli dari segi psikologi. Menurut Rees (1991), salah satu ciri
utama yang wujud dalam kerja berpasukan ialah ahli-ahlinya perlu saling membantu dan
menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka secara aktif. Mereka juga perlu sentiasa
memantau prestasi ahli-ahli yang lain. Ahli pasukan seharusnya memberikan maklum balas
dan bersama-sama berusaha dalam menyelesaikan sebarang masalah atau konflik yang
timbul dalam pasukan. Dapatan dalam item ini menggambarkan pertukaran dan perkongsian
pengetahuan dan pengalaman selepas menghadiri kursus, seminar, bengkel adalah
sebahagian budaya kerja berpasukan.
Dalam aspek nilai tanggungjawab pula dapatan kajian ini sesuai dengan kajian (Adler
dan Araya, 1984; Angle dan Perry, 1983; Brief dan Alday, 1980, dalam Chairy, 2002), yang
mendapati nilai tanggungjawab dan komitmen afektif terhadap organisasi mempunyai
hubungan yang tinggi dengan umur dan masa kerja. Omar (1993), menyatakan bahawa guru
yang bertanggungjawab bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para
pelajarnya sahaja. Sebagai individu yang merupakan peneraju utama dalam pendidikan guru
haruslah memiliki nilai tanggungjawab atau perjuangan yang lebih besar untuk menyuburkan
akhlak dalam jiwa anak-anak di bawah didikan mereka. Dalam dimensi yang lain pula, para
guru juga memikul tanggungjawab sebagai pemimpin tempatan serta golongan yang bersedia
untuk menyampaikan sesuatu yang baik kepada masyarakat. Mohd. Ishak (1995),
menyatakan guru yang larikan diri daripada masalah tidak dapat mengurangkan beban yang
ditanggung oleh mereka, sebaliknya ia akan memperbanyakkan masalah yang ada serta
mewujudkan masalah baru.
Dalam aspek nilai kepemimpinan, dapatan ini menyokong kajian Mohamad Khairudin
dan Halimah (2014) menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan
nilai kepemimpinan pengajaran guru berdasarkan faktor latar belakang guru seperti
kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini
menunjukkan bahawa kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar bukan faktor utama yang
memainkan peranan sebagai asas kekuatan tahap kepemimpinan pengajaran dalam
kalangan guru yang dikaji. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Ritter dan Hancock
(2007), dalam menentukan faktor yang mempengaruhi pengurusan kelas di sekolah
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman dalam
kalangan guru yang dikaji. Perkara ini disokong oleh penjelasan Teori House (1974) dan Teori
Kepemimpinan Transformasi (1997) yang membuktikan bahawa kepemimpinan pengajaran
69

