Page 117 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 117

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 109

               Ibrahim  (2021)  berfokus  kepada  meningkatkan  kemahiran  menulis  esei  Sejarah
               melalui kaedah “Gampang Bermadu 2.0” memudahkan murid mengingat fakta bagi
               menghasilkan esei yang baik.

                      Kaedah visual lakaran pula telah  diterapkan  dalam  pelbagai bidang seperti
               Seni Reka (Misuan & Sula, 2017; Muhamad Firdaus Ramli et al., 2019; Zainal Abidin
               & Ibrahim, 2004). Lakaran asas kemahiran seni visual  turut didedahkan dalam aktiviti
               pendidikan  kanak-kanak  prasekolah   (Muhamad  Firdaus  Ramli  &  Rofidah  Musa,
               2020). Malah bidang Matematik (Lasiun, 2016) dan Bahasa Melayu tidak ketinggalan
               menggunakan kaedah visual lakaran (Ahmad Fikri Ab. Rahman & Zamri Mahamod,
               2019). Namun kaedah ini tidak dimanfaatkan dalam mata pelajaran Sejarah khusus
               dalam mengingat fakta. Dapatan kajian Rahmana et al. (2014) menjelaskan bahawa
               pembelajaran melibatkan elemen visual mempunyai hubung kait dengan peningkatan
               dalam pencapaian akademik murid.

                      Cohen dan Cowen (2011) telah membuktikan selain kemahiran lisan, membaca
               dan menulis, pelajar perlu diberi pendedahan dan peluang dalam memahami literasi
               visual, teknologi dan media. Literasi visual adalah ‘bahasa’ dalam bentuk ikon, gambar
               dan  lukisan.  Bahan  visual  ini  diinterpretasi  oleh  seseorang  untuk    memahami  dan
               mengumpul  maklumat.  Dapatan  kajian  Zalikha  Mat  Saad  (2016)    menunjukkan
               maklumat kepentingan lakaran 2D dan 3D terhadap penguasaan bahasa kanak-kanak
               khusus dalam bidang semantik.

                       Dapatan  kajian  Ahmad  Fikri  Ab.  Rahman  dan  Zamri  Mahamod  (2019)
               menunjukkan  teknik  lakaran  bersama  peta  alir  i-Think  mampu  meningkatkan
               kemahiran menjana idea murid etnik Lun Bawang dalam karangan autobiografi adalah
               konsisten dengan kajian Dzulkifli Awang (n.d.) yang telah melaporkan bahawa melalui
               lakaran dapat menonjolkan idea. Namun begitu, asas lakaran secara bertema telah
               menyekat  kreativiti  kanak-kanak  untuk  melakar  dalam  kajian  Rofidah  Musa  et  al.,
               (2019) adalah bertentangan dengan kajian Siti Hayati Mohd Yusoff dan Halim Husain
               (2021)  yang  melaporkan  bahawa  murid yang  belajar  menggunakan  visual  mudah
               untuk  mendapatkan maklumat.

                       Kajian-kajian    mengenai    visual  lakaran  menunjukkan  kaedah  ini  boleh
               menghasilkan pencapaian  tinggi murid  dalam  sesuatu  pengajaran.  Namun,  kajian-
               kajian penggunaan kaedah visual lakaran dalam  pengajaran  Sejarah  masih  perlu
               diperbanyakkan  khususnya  untuk mengingati fakta. Bersangkutan dengan itu, kajian
               ini  bertujuan  meningkatkan  kemahiran  mengingat  fakta  Sejarah  dengan
               menggunakan kaedah visual lakaran sekali gus meningkatkan tahap prestasi murid
               dalam mata pelajaran Sejarah.
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122