Page 114 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 114

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 106

                   KEBERKESANAN KAEDAH VISUAL LAKARAN DALAM MENINGKATKAN
                                   KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA SEJARAH
                                          MURID-MURID TINGKATAN LIMA

                                              2
                                                                       3
                      1 Shapiza Sharif, PhD;  Roslina Suratnu, PhD;  Haslinda Mohamad Saad;
                                                                   5
                                  4 Nirwana Mohd Rashid, PhD &  Nor Asilah Osman

                                  1,2,3,4,5 IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

                                              shapizasharif@yahoo.com


                                                        Abstrak

               Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah visual lakaran
               dalam meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah tingkatan 5. Kajian kuasi-
               eksperimen ini adalah berbentuk kuantitatif. Sampel kajian ini melibatkan sebanyak
               60 orang murid yang terdiri daripada 30 orang murid bagi kumpulan rawatan yang
               diajar  menggunakan  kaedah  visual  lakaran  dan  30  orang  murid  bagi  kumpulan
               kawalan. Instrumen yang digunakan merangkumi ujian pra, ujian pasca dan senarai
               semak.  Instrumen  ujian  pra  dan  pasca  dilaksanakan  bagi  melihat  hasil  dalam
               perbezaan prestasi menjawab soalan struktur bagi kumpulan rawatan dan kawalan.
               Instrumen senarai semak digunakan bagi melihat jawapan bahagian struktur murid.
               Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages  for
               Social  Sciences  (SPSS) Version 23.0. Hasil kajian juga dianalisis menggunakan
               ujian-t.  Skor min  bagi kumpulan  eksperimen    ialah  32.167  dengan  sisihan  piawai
               3.464  menunjukkan  dapatan  yang  lebih  tinggi  jika  dibandingkan  skor  min  bagi
               kumpulan kawalan 18.9 dan sisihan piawai 3.826. Secara keseluruhan, majoriti murid
               mempunyai  keyakinan  bahawa  kaedah  visual  lakaran  dapat  memudahkan  murid
               mengingat fakta Sejarah. Implikasi dapatan kajian ini membuktikan kaedah visual
               lakaran wajar digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran
               mata pelajaran Sejarah.

               Kata Kunci: Kaedah, visual lakaran, mengingat, fakta, Sejarah


                                                        Abstract

               The purpose of this study is to investigate the effectiveness of visual sketch method in
               improving memorisation of Form Five History facts. This quasi-experiment was carried
               out  through  a  quantitative  approach.  The  sample  group  for  this  study  involved  60
               students; 30 of whom were taught using the visual sketch method as the experiment
               group while the other 30 students as a control group. The instruments used consisted
               of a pre-test, post-test, and a checklist. The pre- and post-tests were conducted in
               order to observe the performance differences in answering structural questions for the
               experiment and control group while the checklist was used to examine the students’
               answers  for  the  structured  section.  The  data    obtained    were    analyzed    using
               Statistical  Packages  for  Social Sciences (SPSS) Version 23.0 software. Results of
               the study were analysed using a t-test. The mean score of the experiment group was
               32.167 with a standard deviation of 3.464, showing higher findings in comparison to
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119