Page 115 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 115

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 107

               the control group which recorded a mean score of 18.9 with a standard deviation of
               3.826. Overall, majority of the students are confident that the visual sketch method
               makes it easier for them to memorise facts in History. The implication of this study’s
               findings prove that the visual sketch method is practical and should be used as one of
               the strategies of teaching and learning History as a subject.


               Keywords: method, visual sketch, memorisation skills, facts,  History


               PENDAHULUAN

               Langkah  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  menjadikan  Sejarah  sebagai  mata
               pelajaran  wajib  lulus  pada  tahun  2013  di peringkat  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)
               (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011) dan Sejarah sebagai mata pelajaran teras
               untuk  sekolah  rendah  mulai  2014  (Yong,  2013),  membuktikan  usaha  kerajaan
               memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia. Perkara ini turut diakui oleh Shakila Yacob
               (2010)  tentang  kedudukan  mata  pelajaran  Sejarah  di  negara  kita.  Ini  bermakna
               kedudukan  mata  pelajaran  Sejarah  selaras  dengan  transformasi  dalam  sistem
               pendidikan negara iaitu perubahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
               kepada  Kurikulum  Standard  Sekolah  Rendah  (KSSR)  mulai  tahun  2011.  Dalam
               konteks ini, kemahiran mengingat fakta adalah sangat penting dalam mata pelajaran
               Sejarah. Murid akan menghadapi kesukaran menjawab soalan apabila tidak dapat
               menguasai  kemahiran  ini.  Masalah  mengingat  fakta  perlu  diatasi  kerana  menjadi
               halangan dalam kalangan murid lemah meningkatkan prestasi. Menurut Malik et al.,
               (2020) setiap orang  mempunyai  gaya  pembelajaran  dan  kekuatan  yang  tersendiri.
               Dalam  erti  kata  lain,  strategi  pembelajaran  yang  bersesuaian  penting  untuk
               meningkatkan kemampuan mengingat kembali dalam kalangan murid. Lantas guru
               Sejarah perlu lebih kreatif dalam memilih teknik pembelajaran berkesan agar dapat
               membantu murid mengingati fakta.


               PERNYATAAN MASALAH

               Mata pelajaran Sejarah selalu  dikaitkan dengan  kesukaran murid untuk menghafal
               dan  mengingat  fakta  serta  peristiwa  yang  lalu.  Ini  berikutan  isi  kandungan  mata
               pelajaran Sejarah terlalu sarat dengan fakta (Rohaimi Ishak & Rohani Jantan, 2015).
               Maka tidak hairanlah, Sejarah dikaitkan sebagai mata pelajaran yang kurang diminati
               dalam kalangan murid. Keadaan ini menyukarkan mereka mencapai keputusan yang
               memberangsangkan  (Norakma  Daud  et  al.,  2016).  Yong  (2013)  turut  mengakui
               perkara yang sama bahawa murid menghadapi masalah untuk  mengingati fakta dan
               urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab dan seterusnya gagal dalam peperiksaan
               awam. Justeru strategi pembelajaran yang bersesuaian penting untuk meningkatkan
               kemampuan mengingat kembali dalam kalangan murid. Tambah pula, setiap  orang
               mempunyai  gaya  pembelajaran  dan  kekuatan  yang  tersendiri.   Hal ini seiring
               dengan dapatan kajian Kaviza (2019) bahawa dalam kurikulum sejarah melibatkan
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120