Page 116 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 116

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 108

               gaya pembelajaran murid yang berbeza. Gaya  pembelajaran  boleh menarik minat
               dan mendorong  murid untuk belajar (Malik al., 2020). Oleh itu, kajian ini dijalankan
               untuk melihat keberkesanan kaedah visual lakaran dalam meningkatkan kemahiran
               mengingat  fakta  sejarah  dan  pencapaian  murid  Tingkatan  5  bagi  mata  pelajaran
               Sejarah.


               OBJEKTIF KAJIAN

               Objektif kajian ini adalah:

                   1.  Mengenal  pasti  perbezaan  tahap  prestasi  murid  menjawab  soalan  struktur
                       menggunakan kaedah visual lakaran.
                   2.  Mengenal  pasti  keberkesanan  kaedah  visual  lakaran  dalam  meningkatkan
                       kemahiran mengingat fakta Sejarah.


               PERSOALAN KAJIAN

               Persoalan kajian ini adalah:

                   1.  Adakah  terdapat  perbezaan  tahap  prestasi  murid  bagi  menjawab  soalan
                       struktur menggunakan kaedah visual lakaran?
                   2.  Adakah  terdapat  keberkesanan  kaedah  visual  lakaran  dalam  meningkatkan
                       kemahiran mengingat fakta Sejarah?


               KEPENTINGAN KAJIAN

               Kajian ini penting kerana menyediakan kaedah visual lakaran agar murid berminat
               dengan  mata  pelajaran  Sejarah.  Fakta  yang  terlalu  banyak  dapat  dirungkaikan
               dengan  mudah  menggunakan  kaedah  visual  lakaran.  Selain  itu,  murid  merasa
               seronok kerana kaedah visual lakaran menggunakan konsep geometri dan dikaitkan
               dengan suasana di dalam kelas dan visual lakaran gambar tunggal. Pembelajaran
               menjadi  lebih  bermakna  kepada  murid.  Guru  juga  boleh  mempelbagaikan  kaedah
               pengajaran dan pembelajaran dengan memanfaatkan pemikiran kreatif dan inovasi
               agar murid dapat mempelajari Sejarah dengan lebih mudah.


               TINJAUAN LITERATUR

               Jika  disorot  penulisan-penulisan  sedia  ada  berkaitan  kemahiran  mengingat  fakta
               sejarah,  Haini  Shafikah  (2017)  menggunakan  peta  dakap  untuk  meningkatkan
               kemahiran  mengingat  fakta  Sejarah  bagi  penciptaan  bendera  Malaysia  dalam
               kalangan murid Tahun  Lima. Melalui penulisan  Shaareny dan Salmah (2017) pula
               menonjolkan  penggunaan  Roda  Masa  dapat  meningkatkan  kemahiran  menyusun
               fakta  sejarah  mengikut  kronologi  dalam  kalangan  murid  Tahun  Empat.  Penulisan
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121