Page 131 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 131

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 123

                         Menurut Berry, Michelson, Othman, Tan, Gee, Hodgekins & Fowler (2020),
               menyatakan tingkah laku mencari bantuan merupakan ejen bertindak yang melibatkan
               proses  aktif  untuk  meminta  pertolongan  dan  bersedia  secara  langsung  bagi
               menghadapi masalah mereka. Peserta dalam kajian ini mengesahkan terapi psikologi
               berpotensi  sebagai  pendekatan  untuk  meningkatkan  kesejahteraan  umum  dan
               menangani  masalah  tertentu.  Selain  itu,  seorang  peserta  menyatakanh  terapi
               psikologi  sebagai  kesan  perubahan  yang  bermakna  dan  ia  berbeza  dengan
               "penambahbaikan" sementara atau sekejap yang diperolehi melalui pendekatan yang
               berkaitan dengan ubatan.

                         Ishak,  Ahmad  &  Omar  (2020)  menyatakan  pelajar  adalah  aset  bagi
               pembangunan  kepemimpinan  tertinggi  negara  dan  pelopor  pada  masa  harapan.
               Pelajar  menjadi  nadi  dan  memerlukan  negara  untuk  menyediakan  sekumpulan
               sumber  manusia  yang  dapat  mempelbagaikan  sumber  kepakaran  mereka  seperti
               pemikiran, kerohanian, dan teknologi. Oleh itu, kaunseling bersepadu diperlukan agar
               proses pencegahan awal bermula pada tahap sederhana sebelum tahap kemurungan
               pelajar merebak ke tahap tinggi yang lebih tinggi dan menurut Biswas & Aggarwal
               (1971) menyatakan keperluan kaunseling merupakan keperluan yang diperlukan oleh
               pelajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka setiap hari dan juga
               penting dalam peningkatan keperibadian diri.


               PENYATAAN MASALAH

               Bukan semua pihak merasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan
               salah  satu  alternatif  dalam  menyelesaikan  masalah  walaupun  banyak  kajian
               mendapati perkhidmatan ini sangat membantu golongan yang memerlukan. Willie &
               Bakar (2019) menyatakan walaupun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah
               lama  wujud  di  negara  ini,  namun  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  kurang
               menyerlah terutamanya di kawasan luar bandar.

                         Malah Chen & Kok (2017) mendapati masalah sosial seperti tingkah laku
               seksual  sebelum  berkahwin,  kehamilan  remaja  dan  penyalahgunaan  bahan
               disembunyikan  tidak  dikongsi  dengan  kaunselor  kerana  pelajar  merasakan  ia
               melanggar harapan keluarga dan sosial. Menurut Aida et al. (2012) pula, sebanyak
               49.1% pelajar berpendapat bahawa masalah yang mereka hadapi tidak terlalu serius.
               Sikap memandang ringan masalah yang dihadapi ini menyumbang kepada kegagalan
               menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang disediakan.

                         Divin, Harper, Curran, Corry & Leavey (2018) menyatakan kesan kegagalan
               untuk  mendapatkan  pertolongan  atau menunda proses  mencari pertolongan  boleh
               menyebabkan  kesihatan  terjejas  seperti  penyalahgunaan  bahan,  terlibat  dalam
               tingkah laku seksual yang berisiko, kualiti hidup yang lebih rendah dan kematian bayi
               pramatang (Anderson & Lowen 2010; Brindis et al. 2002, 2007; Laski, 2015). Menurut
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136