Page 137 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 137

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 129

               PERBINCANGAN

               Skor min bagi tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan  ialah
               61.4632  (SD=  12.48460)  dan  menunjukkan  tahap  sederhana  yang  paling  tinggi.
               Sebanyak 65 orang pelajar berbanding keseluruhan pelajar penyalahgunaan bahan
               seramai 136 mempunyai daya tahan sederhana dan tahap rendah seramai 59 orang
               pelajar.  Menurut  Ibrahim,  Amit,  Shahar,  Wee,  Ismail,  Khairuddin  &  Safien  (2019)
               menyatakan ketahanan diri merupakan suatu kekuatan dalaman seseorang individu
               yang boleh membantu mereka untuk mengadaptasi kehidupan secara positif (Masten
               & Reed, 2005). Jika daya tahan berada pada tahap sederhana dan rendah, maka para
               pelajar ini tidak secara keseluruhan mampu melalui kehidupan yang positif dan ini
               menyumbang  kepada  penglibatan  dalam  penyalahgunaan  bahan  tidak  kira  rokok,
               vape atau bahan lain. Menurut Wazir, Usman,  Salleh,  Sudi, Awang & Rosman (2020),
               Ismail et al., (2017) pula menyatakan daya tahan yang rendah merupakan salah satu
               faktor risiko yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah penagihan dadah.

                    Manakala data strategi daya tindak penglibatan dan pengunduran dalam kalangan
               pelajar  penyalahgunaan  bahan  di  sekolah  menengah  menunjukkan  seramai  136
               orang responden, di mana 77 orang (56.62%) orang mempunyai skor strategi daya
               tindak pengunduran sama ada berfokuskan masalah atau emosi yang dominan dan
               selebihnya  seramai  59  orang  pelajar  (43.38%)  mempunyai  strategi  daya  tindak
               penglibatan sama ada berfokuskan masalah atau emosi. Szcześniak & Szałachowski
               (2020),  menurut  Model  Daya  Tindak  Transaksional  Lazarus  dan  Folkman  (1984),
               individu  yang  mempunyai  strategi  daya  tindak  pengunduran  lebih  suka  lari  dari
               masalah  dan  lebih  banyak  menyalahkan  diri  sendiri  dan  aspek  lain  berbanding
               menghadapi masalah tersebut. Namun hasil dapatan menunjukkan tahap sederhana
               yang paling tinggi diperolehi dan ini menunjukkan responden tidak secara keseluruhan
               melarikan diri dari masalah. Malah didalam diri individu, strategi daya tindak sama ada
               pengunduran atau penglibatan tetap ada dalam diri. Cuma strategi mana yang paling
               dominan. Ini menunjukkan dalam beberapa aspek, individu berpotensi untuk memilih
               strategi daya tindak penglibatan.

                    Szcześniak  &  Szałachowski  (2020)  menyatakan  menurut  Model  Transaksional
               Stres  dan  daya  tindak  (Lazarus  dan  Folkman  1984),  penilaian  kognitif  dan  usaha
               tingkah  laku  dapat  mengubah  hubungan  antara  stres  dan  kesihatan  tertentu,
               menyumbang kepada pengurangan atau penambahan tekanan. Selain itu menurut
               Kasim,, Sani, & Manap, (2017), situasi yang memberikan tekanan ini dapat diubah
               hanya menerusi daya tindak (Lazarus & Folkman 1984). Oleh itu, daya tindak dilihat
               sebagai satu strategi dan usaha untuk membuat penyesuaian terhadap tekanan yang
               dialami. Strategi daya tindak ditakrifkan sebagai cara seseorang menilai dan bertindak
               balas  kepada  peristiwa  atau  keadaan  yang  dianggap  sebagai  satu  tekanan  (Krok
               2008). Terdapat beberapa cara untuk mengatasi tekanan seperti beriadah, melakukan
               aktiviti  spiritualiti  dan  keagamaan  serta  mendapatkan  khidmat  kaunseling  dan
               sokongan sosial.
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142