Page 132 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 132

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 124

               Dalky  &  Gharaibeh  (2019)  pula  menyatakan  antara  kesan  pelajar  yang  tidak
               mendapatkan  perkhidmatan  kaunseling  bagi  mengatasi  masalah  kesihatan  mental
               pelajar akan menyebabkan kesihatan mental menjadi semakin serius dan rumit. Malah
               secara tidak langsung merangkumi isu berhenti sekolah, peningkatan kecenderungan
               bunuh diri, masalah perkahwinan dan sosial, prestasi kerja yang tidak berkesan dan
               tidak  cekap,  keletihan,  dan  masalah  yang  berkaitan  dengan  penjagaan  kesihatan.
               Oleh  itu,  menurut  Bishop  (2016),  adalah  tanggungjawab  pusat  kaunseling  untuk
               menjangkau dan memberikan intervensi yang dirancang kepada pelajar berisiko tinggi
               yang mungkin memberi manfaat daripada penggunaan perkhidmatan tersebut.

                    Oleh  itu  dapat  dilihat  hubungan  antara  daya  tahan,  strategi  daya  tindak  dan
               spiritual  mempengaruhi  dalam  mendapatkan  perkhidmatan  kaunseling.  Namun
               sejauhmana  aspek  ini  mempengaruhi  remaja  penyalahgunaan  bahan  dalam
               mendapatkan perkhidmatan kaunseling di sekolah.


               OBJEKTIF KAJIAN

               Secara umumnya, objektif kajian adalah melihat hubungan spiritual, daya tahan dan
               strategi daya tindak penglibatan serta pengunduran dengan kesediaan mendapatkan
               perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  dalam  kalangan  pelajar penyalahgunaan
               bahan di sekolah menengah:
               1.  Mengenalpasti tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan
                    bahan di sekolah menengah.
               2.  Mengenalpasti tahap strategi daya tindak penglibatan dan pengunduran dalam
                    kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah.
               3.  Mengenalpasti tahap spiritual dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di
                    sekolah menengah.
               4.  Mengenalpasti tahap medapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
                    dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah.


               PERSOALAN KAJIAN

                1.  Apakah tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di
                    sekolah menengah?
                2.  Apakah tahap strategi daya tindak penglibatan dan pengunduran dalam
                    kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah?
                3.  Apakah tahap spiritual dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di
                    sekolah menengah?
                4.  Apakah tahap medapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam
                    kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah?
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137