Page 134 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 134

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 126

               (MHSAS). Kesemua instrument kajian mempunyai kesahan dan bolehpercayaan yang
               tinggi. Data yang telah dipungut dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan,
               peratus, min dan sisihan piawai. Data dianalisis mengunakan Statistical Package for
               the Sosial Science (SPSS) versi 26.


               DAPATAN KAJIAN

               Dapatan kajian dibentangkan menerusi persoalan kajian:

               Persoalan Kajian 1
               Apakah tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah
               menengah?

               Jadual 1: Tahap Daya Tahan

                   Tahap Daya Tahan                     Frekuensi (n+136)          Peratus (%)
                   Rendah (60 ke bawah)                 59                         43.4
                   Sederhana (61-75)                    65                         47.8
                   Tinggi (76 ke atas)                  12                         8.8
                   Jumlah                               136                        100
                   MIn= 61.4632        SD= 12.48460
                   MIn= 27.00          Max= 91.00

                    Jadual 1 menunjukkan tahap daya tahan dalam kalangan pelajar penyalahgunaan
               bahan. Hasil dapatan menunjukkan daya tahan tahap sederhana yang paling tinggi
               iaitu seramai 65 orang pelajar (47.8%). Diikuti dengan tahap rendah seramai 59 orang
               pelajar (43.4%) dan tahap tinggi seramai 12 orang pelajar (8.8%). Skor min untuk
               tahap  daya  tahan  ialah  61.4632  (SD=  12.48460)  dan  skor  minimum  ialah  27.00
               manakala  skor  maksimum  ialah  91.00.  Secara  keseluruhan  dari  hasil  analisis  ini
               menunjukkan bahawa tahap daya tahan pelajar penyalahgunaan bahan berada pada
               tahap sederhana.


               Persoalan Kajian 2
               Apakah  tahap  strategi  daya  tindak  penglibatan  dan  pengunduran  dalam  kalangan
               pelajar penyalahgunaan bahan di sekolah menengah?

                       Di  dalam  kajian  ini,  terdapat  2  kategori  bagi  strategi  daya  tindak  iaitu
               penglibatan  atau  pengunduran.  Oleh  itu  tahap  strategi  daya  tindak  akan  dilihat
               berdasarkan  skor  paling  tinggi  responden  sama  ada  skor  strategi  daya  tindak
               penglibatan atau skor strategi daya tindak pengunduran. Berikut merupakan tahap
               yang diperolehi dari soal selidik yang diedarkan.

               Jadual 2: Skor responden tertinggi strategi daya tindak

                                         Frekuensi           Peratus          Peratus kumulatif
                Valid  penglibatan       65                  47.8             47.8
                       pengunduran       71                  52.2             100.0
                       Jumlah            136                 100              100
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139