Page 135 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 135

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 127



               Jadual 3: Tahap skor responden tertinggi strategi daya tindak penglibatan

                   Tahap Strategi Daya Tindak Penglibatan   Frekuensi (n=65)  Peratus (%)
                   Rendah (16 ke bawah)                            4                     6.15
                   Sederhana (17-24)                               18                    27.7
                   Tinggi (25 ke atas)                             43                    66.15
                   Jumlah                                          65                    100
                   MIn= 25.6923    SD=  5.05570
                   MIn= 13   Max=38

               Jadual 4:Tahap skor responden tertinggi strategi daya tindak pengunduran

                                                                     Frekuensi
                  Tahap Strategi Daya Tindak Pengunduran                               Peratus (%)
                                                                     (n=71)
                  Rendah (16 ke bawah)                               2                 2.82
                  Sederhana (17-24)                                  24                33.8
                  Tinggi (25 ke atas)                                45                63.38
                  Jumlah                                             71                100
                  MIn= 26.5634    SD=  5.61053
                  MIn= 11   Max=40

                    Seramai  136  orang  responden  yang  menjawab  soal  selidik  ini  dan  dari  hasil
               dapatan  yang  ditunjukkan  dalam  jadual  2  menunjukkan  seramai  71  orang  pelajar
               (52.21%)  mempunyai  strategi  daya  tindak  pengunduran  yang  paling  tinggi  dan
               selebihnya  seramai  65  orang  pelajar  (47.79%)  mempunyai  strategi  daya  tindak
               penglibatan.. Ini menunjukkan kebanyakan responden dalam kajian ini mempunyai
               strategi  daya  tindak  pengunduran  dan  berikut  merupakan  penerangan  yang  lebih
               terperinci.

                    Jadual 3 merupakan tahap strategi daya tindak penglibatan yang mencatatkan
               tahap yang paling tinggi ialah tahap tinggi iaitu 43 orang pelajar (66.15%), tahap kedua
               tertinggi ialah tahap sederhana seramai 18 orang pelajar (27.7%) dan tahap rendah
               seramai  4  orang  pelajar  (6.15%).  Min  pula  ialah  25.6923  (SD=  5.05570).  Skor
               minimum ialah 13 dan skor maksimum pula sebanyak 38. Manakala jadual 4 pula
               menunjukkan tahap strategi daya tindak pengunduran iaitu paling tinggi ialah pada
               tahap tinggi iaitu seramai 45 orang pelajar (63.38%), tahap rendah seramai 2 orang
               pelajar (2.82%) dan tahap sederhana ialah 24 orang pelajar (33.8%). Min pula ialah
               26.5634 (SD= 5.61053) dengan skor minimum ialah 11 dan skor maksimum ialah 40.

                    Secara  keseluruhan  dari  hasil  analisis  tahap  strategi  daya  tahan  pelajar
               penyalahgunaan  bahan  menunjukkan  antara  strategi  daya  tindak  penglibatan  dan
               pengunduran dapat dilihat bahawa strategi daya tindak pengunduran mencatatkan
               bilangan pelajar yang paling ramai iaitu 71 orang pelajar (52.21%) berbanding strategi
               daya tindak penglibatan pada tahap sederhana sebanyak 65 orang pelajar (47.79%).
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140