Page 133 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 133

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 125

               KEPENTINGAN KAJIAN

               Dari  aspek  bidang  iaitu  Bimbingan  dan  Kaunseling  ialah  agar  dapat  memberi
               pengetahuan  yang  boleh  digunakan  oleh  kaunselor  dan  pelajar  sekolah  untuk
               membantu  dan  menarik  pelajar  untuk  mendapatkan  perkhidmatan  Bimbingan  dan
               Kaunseling terutama kepada golongan pelajar penyalahgunaan bahan.

                         Aspek  teori  pula  ialah  kajian  ini  akan  menunjukkan  bahawa  terdapat
               perkaitan antara Teori Kewujudan dan spiritual humanistik fenomenologi, Model Daya
               Tahan Richardson dan Model Daya Tindak Transaksional serta Teori Tingkah laku
               Alasan untuk pelajar mengambil inisiatif dalam membantu diri sendiri.

                         Kajian  ini  secara  praktikal  boleh  dijadikan  sumber  rujukan  dan  panduan
               standard bagi kaunselor sekolah untuk merancang program lebih khusus dan berfokus
               berdasarkan  pertumbuhan  pelajar  dan  faktor-faktor  lain  yang  berkaitan  sekaligus
               meningkatkan  keperluan  untuk  mendapatkan  perkhidmatan  Bimbingan  dan
               Kaunseling terutama bagi pelajar yang bermasalah.

                         Bagi  pihak  kerajaan  atau  pembuat  dasar,  kajian  ini  diharapkan  dapat
               meningkatkan  kualiti  pengajaran  dan  pembelajaran  selaras  dengan  Falsafah
               Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
               oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini boleh digunakan dalam pertimbangan
               untuk  memasukkan  pendidikan  berkaitan  sahsiah  diri  sebagai  salah  satu  fokus
               berstruktur serta  membentuk  pendekatan modular  seperti modul sahsiah diri yang
               boleh  digunakan  dalam  program  intervensi  sekaligus  dapat  menarik  pelajar  untuk
               mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kausneling.

               METODOLOGI

               Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang dilaksanakan secara tinjauan dengan
               mengedarkan  soal  selidik.  Lokasi  kajian  dipilih  berdasarkan  daripada  Jabatan
               Pendidikan negeri Selangor yang dapat memenuhi objektif kajian. Terdapat 3 buah
               sekolah berisiko tinggi penggunaan bahan di dalam daerah Sabak Bernam, hanya
               salah satu sekolah sahaja telah dipilih seara rawak.

                       Responden kajian dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar yang berisiko
               tinggi keterlibatan dalam penyalahgunaan bahan. Berpandukan jadual penentuan saiz
               sampel Krejcie dan Morgan (1970), Cohen, Manion & Morrison (2017) dan Dilman
               (2007) dengan mengunakan pensampelan berkelompok, populasi seramai 200 orang
               melibatkan 136 orang sampel kajian. Kesemua responden telah menjawab soal selidik
               dengan lengkap.

                       Instrument  yang  digunakan  dalam  kajian  ini  adalah  (a)  Connor  Davidson
               Resilience Scala (CD-RISC)  (b) Coping- Strategies Inventory Short-Form (CSI-SF)
               (c) Daily Spiritual Experiance Scala (DSES) (d Mental Help Seeking Attitudes Scale
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138