Page 165 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 165

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 157

               based Learning Tools (86.8%). Walau bagaimanapun, peratus pensyarah IPG yang
               menguasai perisian aplikasi untuk pembelajaran bermakna adalah rendah. Secara
               khususnya, peratus pensyarah menguasai Hypermedia Tools  adalah 59.6%, Perisian
               Pengajaran  (29.2%),  Perisian  Pembangunan  Kursus  Berasaskan  Web  (29.0%),
               Aplikasi Pendidikan (29.4%), Internet Tools (27.1%), dan Persekitaran Maya (7.6%).

                       Dapatan  menunjukkan  bilangan  paling  rendah  adalah  pengetahuan  tentang
               perisian aplikasi khusus untuk pengajaran dan pembelajaran (instructional software).
               Penggunaan perisian aplikasi khusus untuk pendidikan sebenarnya boleh membantu
               pensyarah untuk menjimatkan masa, tenaga dan kos.  Oleh itu, kompetensi pensyarah
               dari  segi  penggunaan  perisian  yang  relevan  dan  boleh  memberi  impak  yang  baik
               kepada pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan penekanan dalam pelaksanaan
               KPPB. Berasaskan Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (Fullan, Quinn,
               & McEachen, 2018),  Kerangka Kerja Pedagogi Untuk Alatan Digital iaitu Pengajaran
               Polifonik (Sheninger, 2014), Kerangka Kerja Pembelajaran Dinamik (Bell, 2018) dan
               Kerangka  Kerja  3E  (Kolb,  2017)  didapati  kompetensi  pemanfaatan  digital  dapat
               membantu pensyarah IPG memanfaatkan kemudahan digital yang boleh menyokong
               pembelajaran khususnya pembangunan kompetensi 6C.

                       Kompetensi  penggunaan  perisian  yang  paling  rendah  adalah  pengetahuan
               tentang persekitaran maya seperti realiti maya (virtual reality).  Kemudahan digital ini
               juga merupakan teknologi digital yang menunjukkan penguasaan paling rendah dalam
               kesemua kategori teknologi digital.  Perisian dalam kategori ini perlu diberi penekanan
               oleh IPGM kerana perisian aplikasi yang melibatkan realiti maya merupakan trenda
               pendidikan global terkini sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Ini turut memfokuskan
               kepada penggunaan alat dan teknologi digital seperti realiti maya untuk latihan industri
               dan pendidikan pada masa akan datang. Di samping itu, kompetensi pemanfaatan
               digital berkaitan Computational Software juga antara paling rendah dikuasai oleh para
               pensyarah IPG.  Trend pendidikan masa kini berteraskan keputusan yang berasaskan
               bukti serta data (evidence-based education), maka pengetahuan atau kemahiran yang
               berkaitan Computational Software adalah satu kelebihan jika dikuasai oleh pensyarah
               dan  pelajar  IPG.   Oleh  itu,  kompetensi pengunaan  Computational  Software dalam
               kalangan pensyarah IPG perlu dipertingkatkan demi menjayakan pelaksanaan KPPB.


               KESIMPULAN DAN CADANGAN

               Keseluruhannya, majoriti pensyarah IPG mempunyai kompetensi pemanfaatan digital
               pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, majoriti pensyarah IPG hanya menguasai
               penggunaan  perisian  aplikasi  Basic  Software  Tool  Suite,  Internet  Tools  dan  Web-
               based Learning Tools. Sebaliknya, peratus pensyarah IPG yang menguasai perisian
               aplikasi untuk dimanfaatkan bagi tujuan mencapai pembelajaran bermakna adalah
               rendah  terutama  dalam  perisian  aplikasi  untuk  produktiviti  dalam  pengajaran  dan
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170