Page 169 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 169

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 161

               Pendahuluan

               Pelaksanaan  pengajaran  dan  pembelajaran  telah  mengalami  revolusi  daripada
               kaedah  penyampaian  secara  fizikal  dalam  bilik  darjah  atau  dewan  kuliah  kepada
               pembelajaran atas talian secara maya ekoran gelombang pandemik Covid19 yang
               melanda seluruh dunia. Kebanyakan negara di dunia terpaksa menutup sementara
               institusi pendidikan sebagai usaha mengelakkan jangkitan dan memutuskan rantaian
               Covid19 yang telah menjejaskan hampir 80% daripada populasi pelajar di dunia iaitu
               hampir 1.37 bilion pelajar daripada 138 negara dan 60.2 juta pengajar sekolah dan
               universiti (UNESCO, 2020). Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga
               telah mengambil inisiatif untuk menggantikan kaedah pendidikan di Malaysia secara
               pembelajaran  bersemuka  kepada  pembelajaran  secara  atas  talian.  Interaksi
               bersemuka  antara  pelajar  dan  pengajar  digantikan  dengan  pertemuan  atas  talian
               dengan  menggunakan  aplikasi  persidangan  video  seperti  Google  Meet,  Zoom,
               YouTube,  Google  Classroom,  Kahoot,  Quiziz  dan  sebagainya.  Hakikatnya  situasi
               pengajaran dan pembelajaran sebegini memberikan satu reaksi dan cabaran yang
               besar bagi menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam
               usaha  membudayakan  pembelajaran  atas  talian  secara  berkesan  akan  berlaku
               pelbagai reaksi dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan warga pendidik yang
               terlibat  sama  ada  para  pendidik,  para  pelajar  mahu  pun  ibu  bapa.  Walau
               bagaimanapun,  pembelajaran  atas  talian  merupakan  satu  keperluan  yang  penting
               dalam dunia pendidikan hari ini.


               PERNYATAAN MASALAH

               Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian memerlukan warga pendidik
               yang  bersifat  kreatif  dan  bersedia  mempelajari  ilmu  baharu  terutama  dari  aspek
               kemahiran  pengajaran  dan  pembelajaran  secara  digital  dengan  mempelbagaikan
               kaedah  terkini.  Namun,  penerimaan  warga  pendidik  terhadap  pembelajaran  dan
               pengajaran secara atas talian adalah berbeza mengikut tahap penguasaan kemahiran
               digital  masing-masing.  Bagi  mereka  yang  mempunyai  kemahiran  digital  tinggi  dan
               sederhana berupaya untuk menerima dan mengikuti pembelajaran secara atas talian
               dengan lebih berkesan berbanding dengan individu yang memiliki kemahiran digital
               yang  rendah  (Bao,  2020).  Keadaan  sebegini  akan  mewujudkan  perasaan  kurang
               berpuashati dengan apa yang berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Para
               pendidik menyatakan rasa tidak puas dalam menyampaikan kandungan pengajaran,
               manakala  para  pelajar  pula  menyatakan  perasaan  tidak  berpuas  hati  terhadap
               kandungan pembelajaran yang diterima (Nor Halina, Norlizawati & Norhafinas, 2020).
               Selain itu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk pembelajaran atas
               talian  seperti  kesesuaian  bahan  pembelajaran  yang  disediakan  dan  persekitaran
               pembelajaran  yang  di  rumah  yang  kurang  kondusif  (Bao,  2020).  Pelajar  yang
               mengikuti pembelajaran atas talian untuk pertama kalinya lebih cenderung kepada
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174