Page 174 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 174

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 166

               Peralatan yang digunakan oleh pelajar
               Rajah 2 menunjukkan peralatan yang digunakan oleh responden untuk mengikuti sesi
               pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh para pensyarah.




























                                           Rajah 2: Peralatan yang digunakan

                       Berdasarkan  Rajah  2,  didapati  peralatan  pembelajaran  komputer  riba  dan
               telefon  pintar  lebih  banyak  digunakan  semasa  kelas  atas  talian  iaitu  seramai  629
               (98.6%) responden yang menggunakan komputer riba dan 614 (96.2%) responden
               menggunakan  telefon  pintar.  Hanya  44  orang  responden  (6.9%)  sahaja  yang
               menyatakan menggunakan komputer meja. Manakala seramai 12 (1.9%) responden
               menggunakan studio semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

               Tahap Kepuasan Pelaksanaan Interaksi
               Jadual 2 menunjukkan maklum balas tahap kepuasan pelajar terhadap pelaksanaan
               interaksi  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  dilaksanakan  oleh  pensyarah  secara
               atas talian.

               Jadual 2:  Tahap Kepuasan Pelaksanaan Interaksi

                Perkara                                               Min              Tahap

                Pelaksanaan Interaksi Secara Segerak                  7.95             Tinggi


                Pelaksanaan Interaksi Secara Tidak Segerak            7.98             Tinggi

                Keseluruhan                                           7.96             Tinggi

                       Secara  keseluruhannya  tahap  kepuasan  responden  terhadap  pelaksanaan
               interaksi pengajaran  dan pembelajaran pensyarah  secara  atas  talian adalah  tinggi
               dengan nilai min 7.96. Malahan bagi pelaksanaan interaksi segerak dan tidak segerak
               mempunyai nilai min yang  hampir  sama  iaitu  min  7.95 bagi pelaksanaan  interaksi
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179