Page 29 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 29

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 21

               latar  belakang  pelajar  itu  terlebih  dahulu  berdasarkan  masalah  psikologinya.
               Disamping itu, program intervensi yang lebih fokus melihat faktor psikologi remaja
               supaya  dapat  membantu  mengembangkan  potensi  positif  yang  dimiliki  remaja,
               sekaligus mencari punca masalah yang dihadapinya.

               KAJIAN LEPAS

               Kajian oleh Öztürk, C.et al. (2015) tentang personaliti remaja berisiko yang mengalami
               ketagihan internet. Seramai 328 remaja yang terlibat sebagai responden. Hasil kajian
               menunjukkan  ketagihan  internet dalam  kalangan  remaja berisiko dikaitkan  dengan
               tahap personaliti extraversion dan openness yang tinggi. Mereka mempunyai sifat dan
               keinginan  yang  tinggi  tentang  permainan  video  menyebabkan  mereka  mengalami
               ketagihan.

                       Kajian  tinjauan  oleh  Sharma,  M.,  K.  &  Marimuthu,  P.  (2014)  tentang  faktor
               psikososial  tingkah  laku  agresif dalam  kalangan  remaja.  Seramai  5476  responden
               dalam lingkungan 16-26 tahun terlibat menggunakan soal selidik. Keputusan kajian
               mendapati remaja lelaki berumur antara 16-19 tahun mempunyai pengalaman terlibat
               dengan  tingkah  laku  agresif  secara  verbal,  fizikal  dan  marah  berbanding  remaja
               perempuan.  Faktor  tingkah  laku  agresif  seperti  berlaku  penderaan  fizikal  semasa
               kanak-kanak, penyalahgunaan alkohol dan dadah, pengaruh negatif rakan sebaya,
               keganasan  rumahtangga,  masalah  akademik,  gangguan  psikologi,  kesunyian  dan
               pengaruh media massa.

                       Kajian oleh  Georgiou,  S.,  N. et al.  (2021) tentang  mengenalpasti  hubungan
               regulasi emosi, midfullness dan pengalaman membuli/mangsa buli di sekolah. Data
               berdasarkan  laporan  kendiri  yang  diisi  oleh  444  orang  pelajar  sekolah  dalam
               lingkungan  15  tahun  ke  atas.  Dapatan  kajian  menunjukkan  regulasi  emosi  yang
               maladaptive mempunyai hubungan dan kesan secara langsung terhadap pembuli dan
               mangsa  buli.  Kajian  oleh  Hanum  (2019)  tentang  perbezaan  regulasi  emosi  antara
               remaja  lelaki  dan  perempuan  berdasarkan  cara  berfikir,  perasaan  dan  tingkah
               lakunya. Hasil dapatan menunjukkan remaja lelaki mempunyai regulasi emosi yang
               tinggi berbanding perempuan kerana dipengaruhi oleh expressive suppression dan
               tuntutan sosiobudaya terhadap mereka.

               METODOLOGI

               Kajian  ini  berbentuk  kajian  kuantitatif  yang  bertujuan  untuk  mengenalpasti  tahap
               personaliti, tingkah laku agresif dan regulasi emosi dalam kalangan remaja berisiko di
               SMK Bukit Changgang. Populasi kajian terdiri daripada pelajar berisiko yang terlibat
               dengan salah laku disiplin yang terdapat di dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
               sekolah.  Bilangan  responden  yang  terlibat  adalah  190  orang  secara  rawak  terdiri
               daripada  pelajar  Tingkatan  1  hingga  Tingkatan  5  yang  terdiri  daripada  lelaki  dan
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34