Page 30 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 30
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 22
perempuan. Sampel seramai 127 orang dipilih berdasarkan jadual penentuan saiz
sampel oleh Krijcie dan Morgan (1970).
Bagi pemilihan responden untuk kajian ini, kaedah persampelan purposive
digunakan di mana subjek dipilih mempunyai kaitan dengan tujuan kajian ini
dilaksanakan. Persampelan ini merujuk kepada sekumpulan subjek yang mempunyai
ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan
tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam
populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden (Othman, 2020).
Instrumen Kajian
Bagi mencapai objektif penyelidikan, kajian ini menggunakan soal selidik seperti:
Big Five Inventory (BFI) dibina oleh John, Donahue dan Kentle pada tahun 1991.
Inventori Big Five mempunyai lima jenis personaliti iaitu Extraversion, Agreeableness
(Independence), Conscientiousness (self-control), Neuroticism (Anxiety) dan
Openness (tough-minded). Terdapat 44 item yang terbahagi kepada item positif (28
item) dan item negatif (16 item) menggunakan empat skala likert (Sangat tidak setuju,
Tidak setuju, Setuju, Sangat setuju).
Aggession Questionnaire merupakan instrumen saringan self-report tentang agresif
yang dibina oleh Buss dan Perry (1992). Ia sesuai digunakan di peringkat kanak-
kanak, remaja dan dewasa. Instrumen ini digunakan untuk mengenalpasti empat
faktor tingkah laku agresif dan ianya mempunyai 29 item (27 item postif dan 2 item
negatif) menggunakan lima skala likert (Langsung tidak sama seperti saya, Agak tidak
sama seperti saya, Tidak sama seperti saya, Sedikit seperti saya, Sangat seperti
saya).
Emotional Regulation Index for Children and Adolescent (ERICA) oleh Macdermotte,
et al. (2010). Instrumen ini merupakan laporan kendiri yang sesuai digunakan untuk
kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan 9 tahun ke atas. Ia mempunyai 16 item (6
item positif dan 10 item negatif) dan menggunkaan lima skala likert (Sangat tidak
setuju, Tidak setuju, Separuh-separuh, Setuju, Sangat setuju).
Kajian rintis
Menurut In, J. (2017), tujuan utama kajian rintis dijalankan ialah untuk menguji
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut. Ia dapat menggambarkan semua
prosedur kajian utama dan kesahan kriteria peserta, intervensi dan latihan kepada
penyelidik. Seramai 30 orang murid yang mempunyai salah laku disiplin (bukan
responden sebenar) telah dipilih untuk menguji sama ada mereka dapat memahami
item-item yang digunakan dalam setiap soal selidik yang diberi.

