Page 43 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 43
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 35
harmonious situation and away from serious emotional stress during the pandemic
COVID-19.
Keywords: Interaction challenges, Arabic Grammar II, online learning, COVID-19
Pandemic
PENGENALAN
COVID-19 adalah penyakit pernafasan akut yang disebabkan oleh Coronavirus Sars-
Cov-2 (World Health Organization 2020a). Sejak diisytiharkan COVID-19 sebagai
penyakit pandemik (World Health Organization, 2020b), banyak negara di seluruh
dunia telah telah terkesan dengan penularan wabak ini. Sejumlah langkah
pencegahan telah diambil untuk menghentikan penyebaran virus. Secara globalnya,
beribu-ribu institusi pendidikan telah ditutup kerana melaksanakan langkah-langkah
berjaga-jaga untuk memutuskan penularan COVID-19. Disebabkan pandemik ini,
semua institusi pendidikan menghadapi pelbagai masalah, cabaran dankesan dalam
sistem penyediaan pendidikannya (Sintema & Education, 2020). Situasi kritis ini
menimbulkan banyak kebimbangan seperti kemerosotan kualiti pendidikan dan masa
depan pelajar (Usak, Masalimova, Cherdymova, & Shaidullina, 2020).
Selepas penularan wabak COVID-19 awal tahun ini, semua institusi pendidikan
turut terkesan dengan keadaan tersebut terutama dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Semua pihak mula menggunakan pelbagai
jenis aplikasi dan teknologi untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran
secara maya atau dalam talian (Richard et al. 2020). Untuk menjayakan usaha ini,
pengorbanan pendidik sangat diperlukan dalam proses penyediaan dan penyampaian
maklumat yang diperlukan oleh pelajar. Pendidik tidak hanya berperanan untuk
menyampaikan ilmu sahaja tetapi juga merancang proses penyampaiannya agar ia
dapat berjalan dengan lebih berkesan dan sistematik. Disebabkan keadaan tersebut
para pendidik perlu kreatif dan melibatkan diri secara aktif dalam berinteraksi dengan
pelajar kerana pembelajaran akan menjadi hambar jika gagal berinteraksi dengan
pelajar terutama secara dalam talian (Hadi, Abdul Kadir, Nursaqinah, Puspa & Sofia
2020).
Kajian menunjukkan bahawa sesi tutorial secara dalam talian mampu
memperkayakan teknik pengajaran. Para pelajar yang pendiam didapati telah
memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk memberi jawapan dan mengutarakan
pendapat mereka dengan lebih selesa tidak sebagaimana di dalam kelas
konvensional (Azlina 2017). Di kelas konvensional biasanya pelajar akan merasa
khuatir sekiranya hujah mereka tidak boleh diterima atau jawapan yang diberikan
salah. Ini berbeza dengan kelas secara dalam talian kerana di belakang komputer,
segala ketakutan akan hilang dengan sendirinya (Ramakana 2020). Oleh itu, kaedah
penyampaian perlu dirancang dengan baik supaya pedagogi asas dalam

