Page 64 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 64
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 56
METODOLOGI
Instrumentasi
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengenal pasti bukti-bukti empirikal
yang menunjukkan kesahan Instrumen Pengukuran Efikasi Guru Dalam Penggunaan
Pedagogi KBAT. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan borang soal
selidik yang diadaptasi daripada Teacher efficacy for using HOTS in the Classroom
Instrument (Le, 2013). Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian
pertama adalah untuk mengumpul maklumat demografi responden. Manakala
bahagian kedua terdiri daripada 15 item yang menyoal tentang tahap efikasi guru
dengan menggunakan Skala Likert. Kesemua item dalam soal selidik ini adalah dibina
berdasarkan tiga faktor, iaitu efikasi guru dalam strategi pembelajaran KBAT, efikasi
guru dalam teknik perbincangan KBAT dan efikasi guru dalam teknik pentaksiran
KBAT. Definisi konseptual bagi ketiga-tiga faktor Pengukuran Efikasi Guru dalam
Penggunaan Pedagogi KBAT adalah ditunjukkan dalam Jadual 1. Seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2, faktor “Efikasi Guru dalam Teknik Perbincangan KBAT”
terdiri daripada empat item, manakala dalam faktor “Efikasi Guru dalam Strategi
Pembelajaran KBAT” terdapat tujuh item. Dalam faktor “Efikasi Guru dalam Teknik
Pentaksiran KBAT” pula terdapat empat item. Kesemua item adalah diadaptasi
daripada Teacher efficacy for using HOTS in the Classroom Instrument (Le, 2013).
Perincian item bagi setiap faktor adalah ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 1: Definisi Konseptual bagi Faktor-faktor Pengukuran Efikasi Guru dalam
Penggunaan Pedagogi KBAT
Faktor Definisi Konseptual
Efikasi Guru dalam Kepercayaan guru terhadap kemampuannya untuk menggunakan
Teknik Perbincangan perbincangan dan penyoalan yang melibatkan pelbagai tahap KBAT,
KBAT seperti "think, pair, share”, perbahasan, perbincangan yang merangsang
pemahaman dan aplikasi kandungan.
Efikasi Guru dalam Kepercayaan guru terhadap kemampuannya untuk melaksanakan
Strategi Pembelajaran pelajaran dengan strategi pembelajaran yang memudahkan pelajar
KBAT memahami isi pembelajaran, seperti menggariskan, peta konsep,
mengaplikasikan pada konteks yang berbeza.
Efikasi Guru dalam Kepercayaan guru terhadap kemampuannya untuk menilai pengetahuan
Teknik Pentaksiran kandungan melalui teknik penilaian yang melibatkan pelbagai tahap
KBAT KBAT seperti pembelajaran berasaskan masalah (problem-based
learning), projek kolaboratif atau individu, dan penilaian berasaskan
multimedia.

