Page 62 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 62
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 54
kemahiran berfikir pelajar (Thomas & Walker, 1997). Banyak literatur menekankan
bahawa efikasi guru dalam mempromosikan kemahiran ini adalah penting dalam
merapatkan jurang antara pedagogi dan pengembangan kemahiran berfikir pelajar.
PENYATAAN MASALAH
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2013), kebanyakan pelajar
Malaysia gagal mencapai tahap minimum dalam kemahiran berfikir. Hampir 60%
pelajar Malaysia yang telah tamat sekolah menengah rendah gagal melakukan
penaakulan dan memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk
diaplikasikan di kehidupan harian. Faktor terpenting yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam KBAT adalah efikasi guru dalam pengajaran KBAT. Kajian menunjukkan
bahawa guru kurang berpengetahuan dan kurang memahami kaedah pengajaran
untuk berfikir (Abdul Halim & Siti Muhibah, 2015; Choy & Cheah, 2009). Guru tidak
cekap dalam pengajaran KBAT (Mohd Nazri, Ramlee, Nik Azimah & Rosnidar, 2017).
Kemahiran guru dalam KBAT rendah (Rosma, Ong, Shakinaz, & Wong, 2012) dan
kebanyakan guru mempunyai efikasi kendiri yang rendah dalam pengajaran KBAT
(Rosnani & Suhailah, 2003). Pembinaan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
Malaysia akan terjejas sekiranya guru tidak mahir mengajar KBAT kepada pelajar.
Hubungan antara efikasi guru dengan pengajaran KBAT, dan bagaimana
efikasi guru mempengaruhi prestasi pengajaran, adalah penting ketika menilai
bagaimana pelajar menggunakan kemahiran tersebut. Adalah penting untuk
mengetahui bagaimana tahap efikasi guru dalam pengajaran KBAT dapat
mempengaruhi cara pelajar menggunakan dan menilai pemikiran mereka. Menurut
Hampton (1996), apabila efikasi guru rendah, kesan terhadap prestasi pengajaran
kemahiran berfikir, berkemungkinan besar akan menjadi negatif. Oleh itu, menilai
tahap efikasi guru adalah penting dalam pengajaran kemahiran berfikir pelajar
(Thomas & Walker, 1997). Banyak literatur menekankan bahawa keyakinan yang
dimiliki oleh guru dalam mempromosikan kemahiran ini adalah penting dalam
merapatkan jurang antara pedagogi dan pengembangan kemahiran berfikir pelajar.
Oleh itu, penyelidik telah membina Instrumen Pengukuran Efikasi Guru Dalam
Penggunaan Pedagogi KBAT dengan mengadaptsikan item-item daripada instrumen
Teacher efficacy for using HOTS in the Classroom Instrument (Le, 2013) untuk
mengkaji tahap keyakinan guru sekolah dalam menggunakan pedagogi KBAT di
dalam kelas. Sebelum instrumen ini digunakan untuk mengumpul maklumat tentang
tahap efikasi guru dalam penggunaan pedagogi KBAT, instrumen ini perlu disahkan
supaya hasil dapatannya dapat memberi maklumat yang tepat. Oleh itu kajian ini
dilaksanakan untuk mengenal pasti bukti-bukti empirikal yang menunjukkan kesahan
Instrumen Pengukuran Efikasi Guru Dalam Penggunaan Pedagogi KBAT.

