Page 67 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 67
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 59
Prosedur Pengesahan Instrumen
Instrumen Pengukuran Efikasi Guru Dalam Penggunaan Pedagogi Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) telah melalui dua peringkat pengesahan. Pengesahan peringkat
pertama merupakan pengesahan isi kandungan item. Dalam pengesahan peringkat
pertama, penilaian kualiti item dilakukan oleh tiga orang pakar, yang terdiri daripada
mereka yang pakar KBAT dan berpengalaman mengajar KBAT serta pernah
menjalankan kajian dalam bidang KBAT. Ketiga-tiga orang penilai ini dibekalkan
instrumen kajian, Jadual Spesifikasi Instrumen dan borang Penilaian Kualiti Item-item.
Penilai dikehendaki meneliti item-item, kemudian membuat penilaian berdasarkan
aspek kesesuaian item untuk mengumpul maklumat tentang faktor yang dikaji dan
kejelasan item. Penilai dikehendaki menilai kesesuaian item dengan menggunakan
Skala Likert 5 poin, iaitu daripada sangat sesuai “5” kepada tidak sesuai “1”. Bagi
aspek kejelasan item pula, penilai juga menilai dengan Skala Likert 5 poin, daripada
sangat jelas “5” kepada tidak jelas “1”. Analisis deskriptif dengan perisian SPSS edisi
19 dilaksanakan untuk mendapatkan min kesesuaian dan kejelasan bagi setiap item.
Sekiranya min sesuatu item kurang daripada 2.5, maka item tersebut adalah tidak
sesuai untuk menguji faktor berkenaan (Wierma, 2000) atau item tersebut kurang
jelas. Maka Item-item tersebut perlu disemak semula. Hasil analisis pengesahan isi
kandungan item dibincang dalam bahagian kesahan kandungan.
Pengesahan peringkat kedua dilaksanakan dengan mentadbir Instrumen
Pengukuran Efikasi Guru Dalam Penggunaan Pedagogi Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) kepada guru sekolah. Data yang diperoleh digunakan untuk mengenal
pasti kesahan konvergen dan divergen.
Analisis Data
Data kajian telah dianalisis dengan perisian EQS 6.1. Analisis data dijalankan dengan
menggunakan kaedah Pengesahan Analisis Faktor (CFA). CFA merupakan satu
kaedah Structural Equation Modeling (SEM) yang menganalisis model pengukuran.
CFA digunakan untuk mengesahkan bilangan dimensi pada Instrumen Pengukuran
Efikasi Guru Dalam Penggunaan Pedagogi KBAT dan juga corak pertalian antara item
dengan faktor. Hasil analisis CFA membekalkan bukti tentang kesahan konvergen dan
kesahan diskriminan untuk sesuatu konstruk yang dikaji (Brown, 2006).
Kajian ini secara keseluruhannya mengumpul data secara kuantitatif. Selepas
semua data dikutip, proses saringan data telah dilaksanakan sebelum analisis data
dijalankan. Data dianalisis dengan perisian Excel (2007), EQS 6.1, dan SPSS 21.
Perisian Excel (2007) digunakan untuk memasukkan semua data. Kemudian data-
data tersebut dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk memerihalkan
ciri-ciri guru sekolah dengan perisisan SPSS 21. Perisian EQS 6.1 digunakan untuk
menjalankan analisis SEM bagi mengenal pasti kesahan konvergen dan diskriminan.

