Page 60 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 60
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 52
PENGESAHAN INSTRUMEN PENGUKURAN EFIKASI GURU DALAM
PENGGUNAAN PEDAGOGI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
1 Suah See Ling, PhD
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
seeling.suah@gmail.com
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mengesahkan Instrumen Pengukuran Efikasi Guru
Dalam Penggunaan Pedagogi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Instrumen ini
telah melalui dua peringkat pengesahan. Dalam peringkat pertama, penilaian kualiti
item telah dilakukan oleh tiga orang guru pakar KBAT. Pengesahan peringkat kedua
dijalankan dengan mentadbirkan instrumen ini ke atas guru sekolah. Seramai 203
orang guru telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan
perisian EQS 6.1 untuk menjalankan analisis SEM. Hasil kajian menunjukkan tahap
kebolehpercayaan instrumen ini adalah tinggi iaitu 0.940. Hasil penilaian pakar
menunjukkan kesemua item adalah sesuai untuk mengumpul maklumat tentang
setiap faktor. Hal ini menunjukkan instrumen ini mempunyai kesahan kandungan.
Hasil analisis SEM menunjukkan kesemua indeks keserasian adalah memuaskan,
iaitu melebihi 0.90. Pemuatan faktor setiap item adalah melebihi 0.30, iaitu dari 0.369
hingga 0.795. Hal ini bermakna instrumen ini mempunyai kesahan konvergen.
Kesemua nilai korelasi antara konstruk adalah kurang daripada 1.0. Hal ini bermakna
instrumen ini mempunyai kesahan diskriminan.
Kata Kunci: Efikasi Guru, Pedagogi KBAT, Perkembangan kemahiran berfikir pelajar,
Pengesahan instrumen
Abstract
The purpose of this study was to validate the Instrument of Teacher efficacy for using
HOTS in the Classroom. The instrument has gone through two stages of validation. In
the first stage, the instrument was validated in terms of content validity through expert
reviews. In the second stage, the construct validity of the instrument was assessed in
a sample of 203 teachers using Structural Equation Modelling (SEM). The data were
analysed with EQS 6.1. The results show that Cronbach’s alpha reliability coefficient
was 0.94, which indicates good reliability of the instrument. The expert reviews
showed that all items were suitable to collect information about each factor. The results
of SEM analysis show that all the fit indices are satisfactory, which is above 0.90. The
factor loading of each item is above 0.30, ranged from 0.369 to 0.795. This indicated
that the instrument has convergent validity. All correlation values between constructs
were less than 1.0. This indicated that the instrument has discriminant validity. In
conclusion, the results proved that this instrument is valid and reliable for assessing
the efficacy of teachers in using HOTS in the Classroom.
Keywords: Teacher efficacy, HOTS pedagogy, Development of students' thinking
skills, Instrument validation

