Page 63 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 63

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 55

               OBJEKTIF KAJIAN

               Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  bukti-bukti  empirikal  yang  menunjukkan
               kesahan  Instrumen  Pengukuran  Efikasi  Guru  Dalam  Penggunaan  Pedagogi
               Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KBAT)  dan  memastikan  item-itemnya  adalah
               berkualiti  sebelum  ia  digunakan  untuk  memperoleh  maklumat  tentang  tahap
               pengetahuan pentaksiran pelajar guru. Secara khususnya objektif kajian ini adalah:

                   1.  Mengenal pasti darjah kebolehpercayaan Instrumen Pengukuran Efikasi Guru
                       Dalam Penggunaan Pedagogi KBAT.
                   2.  Mengenal  pasti  sama  ada  Instrumen  Pengukuran  Efikasi  Guru  Dalam
                       Penggunaan Pedagogi KBAT menunjukkan bukti-bukti kesahan kandungan.
                   3.  Mengenal  pasti  sama  ada  Instrumen  Pengukuran  Efikasi  Guru  Dalam
                       Penggunaan Pedagogi KBAT menunjukkan bukti-bukti kesahan konvergen.
                   4.  Mengenal  pasti  sama  ada  Instrumen  Pengukuran  Efikasi  Guru  Dalam
                       Penggunaan Pedagogi KBAT menunjukkan bukti-bukti kesahan diskriminan.



               PERSOALAN KAJIAN

               Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:

                   1.  Apakah darjah kebolehpercayaan Instrumen Pengukuran Efikasi Guru Dalam
                       Penggunaan Pedagogi KBAT?
                   2.  Adakah  Instrumen  Pengukuran  Efikasi  Guru  Dalam  Penggunaan  Pedagogi
                       KBAT menunjukkan bukti-bukti kesahan kandungan?
                   3.  Adakah  Instrumen  Pengukuran  Efikasi  Guru  Dalam  Penggunaan  Pedagogi
                       KBAT menunjukkan bukti-bukti kesahan konvergen?
                   4.  Adakah  Instrumen  Pengukuran  Efikasi  Guru  Dalam  Penggunaan  Pedagogi
                       KBAT menunjukkan bukti-bukti kesahan diskriminan?


               KEPENTINGAN KAJIAN

               Sebelum sesuatu instrumen ditadbir dalam kajian sebenar, ia perlu melalui proses
               pengesahan  bagi  menjamin  kualiti  instrumen  dan  data  yang  diperoleh.  Proses  ini
               penting  bagi  memastikan  ketepatan  data  dalam  penyelidikan  sebenar  dan  dapat
               menjawab  persoalan  kajian  dengan  tepat.  Tanpa  kesahan  yang  memuaskan,  ciri
               psikometrik  sesebuah  instrumen  akan  terjejas  meskipun  instrumen  tersebut
               mempunyai kebolehpercayaan yang sangat baik (DeVellis 2017; Furr 2014). Proses
               kesahan akan dapat menjamin sesuatau instrumen mempunyai sifat yang baik, tepat,
               sesuai, bermakna, dan berguna (Furr 2014; Ghazali & Sufean 2016). Justeru, kajian
               ini  dilaksanakan  untuk  mengenal  pasti  bukti-bukti  empirikal  yang  menunjukkan
               kesahan Instrumen Pengukuran Efikasi Guru Dalam Penggunaan Pedagogi KBAT.
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68