Page 132 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 132

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                 Dalam konteks Malaysia, kajian ke atas 473 orang pemimpin pertengahan di 27
                 Institut Pendidikan Guru mendapati bahawa 68.9 peratus Ketua Jabatan memiliki
                 potensi tinggi, 30.6 peratus berada pada tahap sederhana dan 0.5 peratus
                 memiliki potensi rendah (KPM, 2018). Dapatan ini menunjukkan masih wujud
                 jurang potensi dalam kalangan pemimpin pertengahan yang perlu dikaji dan
                 ditambah baik. Sehubungan itu, pembangunan model kompetensi khusus kepada
                 pemimpin pertengahan amat diperlukan.  Kompetensi  pemimpin  pertengahan
                 adalah berbeza dengan pemimpin atasan berdasarkan skop tugas pengurusan
                 mereka (Belasen & Belasen, 2016, De Nobile, 2018; Grootenboer, 2018; Wei,
                 2018). Pembangunan model kompetensi merupakan antara alat yang paling
                 sesuai  bagi mengenal pasti kompetensi atau kemahiran yang diperlukan oleh
                 pemimpin pertengahan dalam melaksanakan tugas dengan berkesan (Gurr, 2018;
                 Kansal & Jain, 2019).

                 Lanjutan daripada itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka dan
                 memperoleh kesepakatan pakar terhadap konstruk dan elemen kompetensi
                 spiritual yang perlu dimiliki oleh pemimpin pertengahan dalam konteks
                 pendidikan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menjawab
                 persoalan apakah terdapat kesepakatan pakar terhadap elemen yang perlu
                 dimasukkan ke dalam konstruk model kompetensi pemimpin pertengahan?.
                 Kajian  ini  mengaplikasi  teknik  Fuzzy Delphi  (FDM) bagi menjawab persoalan
                 kajian.


                 OBJEKTIF KAJIAN

                 1.     Mengenal pasti elemen kompetensi kepimpinan spiritual pemimpin
                        pertengahan berdasarkan kesepakatan pakar.
                 2.     Mengenal pasti turutan keutamaan elemen  berdasarkan  kesepakatan
                        pakar.


                 PERSOALAN KAJIAN

                 1.     Apakah elemen kompetensi kepimpinan spiritual pemimpin pertengahan
                        berdasarkan kesepakatan pakar?
                 2.     Apakah  turutan  keutamaan  konstruk  utama model berdasarkan
                        kesepakatan pakar?


                 METODOLOGI

                 Kajian  ini merupakan  kajian  kuantitatif  dengan  melibatkan  sampel  kajian
                 seramai 30 orang pakar bidang (Adler & Ziglio, 1996; Jones & Twiss, 1978;



                                                                                     127
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137