Page 151 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 151

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




              berdurasi 20 minit, semua ahli pembentang dan juga rakan-rakan yang menjadi
              audiens wajib menumpukan sepenuh perhatian kepada semua isi utama
              pembentangan. Setiap kumpulan boleh menggunakan Persembahan Power Point
              atau mana-mana peta I-Think untuk memudahkan pemahaman.

              Langkah 3 : Setiap kali selesai pembentangan dijalankan, semua ahli kumpulan
              wajib  memperdengarkan  hafalan  isi-isi penting sub tajuk tersebut (Tasmi’) di
              hadapan guru dan rakan-rakan audiens. Di sinilah paduan dan kekuatan kaedah
              Stop n Stick  ini di mana ia menggabungjalinkan kaedah pembentangan dan
              Tasmi’ para pelajar. Berikut merupakan jadual pelaksanaan kaedah ini selama 2
              minggu.

              Jadual 4:  Jadual Aktiviti Pelaksanaan Stop n Stick

               Bab/ Tajuk    Tarikh       Masa                Pelaksanaan
                             22 Julai   10.10 – 10.50   Kumpulan 1 : Takrif dan Konsep
                             (Isnin)       pagi     Perlembagaan Persekutuan
                             24 Julai   2.30 – 3.10   Kumpulan 2 : Konsep Ketertinggian
                 Bab 2 :
                             (Rabu)       petang    Perlembagaan
                             26 Julai               Kumpulan 3 : Peruntukan Utama
              Perlembagaan            9.00 – 9.40 pagi
                            (Jumaat)                Perlembagaan
                             29 Julai   10.10 – 10.50
               Persekutuan                          Kumpulan 4 : Sistem Pemerintahan
                             (Isnin)       pagi
                             31 Julai   2.30 – 3.10   Kumpulan 5 : Kepentingan
                             (Rabu)       petang    Perlembagaan
                             2 Ogos
                                      9.00 – 9.40 pagi   Ujian Pos
                            (Jumaat)

              3.2     Pelaksanaan Aktiviti 2 : Pengukuhan Stop n Stick
              Secara keseluruhannya, aktiviti ini melibatkan pelibatan semua murid tanpa ada
              yang terkecuali. Saya juga telah meminta kumpulan yang mempunyai pelajar
              yang lemah untuk mengulang isi-isi penting di hadapan saya di luar waktu PdPc.

              4.    Pemerhatian
              Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, para pelajar diberi ujian
              latihan bertujuan untuk menguji tahap keberkesanan kaedah yang dijalankan dan
              memberi saya maklumat penting untuk pengumpulan data. Dalam hal ini, saya
              dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar Bab 2 : Perlembagaan
              Persekutuan  ini.  Mereka  sememangnya  mahu  untuk  mempelajari  pelajaran  ini
              namun hasrat mereka terkandas kerana tiada teknik yang benar-benar sesuai buat
              mereka.

              4.1   Ujian Pos
              Ujian Pra telah dijalankan terhadap pelajar. Melalui ujian ini, saya dapat melihat
              peningkatan markah pelajar dengan lebih tepat.  Jadual 5 memaparkan dapatan
              Ujian Pos yang dijalankan selepas para pelajar ini menggunakan kaedah Stop n


                                                                                   146
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156