Page 157 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 157

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021



















              Rajah 3 : Pelajar sedang memperdengarkan isi penting tajuk yang dibentangkan.


              Berdasarkan dapatan kajian, jelas menunjukkan penggunaan kaedah Stop n Stick
              dapat meningkatkan kefahaman dan seterusnya meningkatkan penguasaan Bab
              2:Perlembagaan Persekutuan. Kajian ini juga telah mencapai objektif kajian yang
              kedua iaitu meningkatkan pengajaran guru melalui kaedah  Stop n Stick  dalam
              meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar Bab 2 Semester 1 iaitu
              Perlembagaan  Persekutuan.  Sebagaimana  dapatan  kajian,  pengamatan saya
              terhadap perubahan semangat pelajar juga bersifat selari. Mereka bukan sahaja
              lebih bersedia, bahkan bersemangat untuk meneruskan kaedah yang sama di
              dalam bab yang seterusnya. Ini membuatkan saya berasa amat bersyukur dan
              merasakan bahawa kaedah ini sangat memberi manfaat kepada pelajar.

              Selain  itu, perubahan  suasana  pembelajaran  yang  bersifat  sehala  dan  hanya
              berpusatkan guru adalah didapati kurang relevan mutakhir ini. Setelah saya
              membuka peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri di dalam sesi PdPc,
              mereka telah menunjukkan minat yang mendalam dan seterusnya mengubah
              suasana pembelajaran menjadi lebih seronok. Justeru, saya percaya dengan
              mempelbagaikan bahan pengajaran dan aktiviti PdPc, kefahaman dan
              penguasaan isi-isi penting pelajar akan meningkat. Sehubungan dengan itu, saya
              berkeyakinan bahawa kaedah  Stop n Stick  ini merupakan pilihan yang tepat
              untuk diamalkan dalam pembelajaran.


              KESIMPULAN

              Kesimpulannya  telah terbukti bahawa penggunaan kaedah  Stop n Stick  yang
              didasarkan di  atas lima langkah iaitu mengenal pasti masalah, merancang,
              bertindak, memerhati dan merefleks telah dapat meningkatkan pemahaman dan
              penguasaan pelajar di dalam Bab 2 Semester 1 iaitu Perlembagaan Persekutuan.
              Penggunaan  kaedah  ini  dapat  membantu  pelajar  untuk menguasai Bab 2
              Semester  1  iaitu  Perlembagaan  Persekutuan.  Kaedah  ini  yang  merupakan
              gabungan pembentangan dan Tasmi’ yang menjadi kebiasaan pelajar Tahfiz



                                                                                   152
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162