Page 153 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 153
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
4.1.1 Temu bual
Setelah kaedah Stop n Stick dijalankan, saya menemu bual semua pelajar sekali
lagi untuk mendapatkan respons. Kesemua pelajar menyuarakan rasa puas hati
kerana berjaya meningkatkan penguasaan isi penting dan lebih menggembirakan
ialah apabila mereka dapat meningkatkan keyakinan diri secara tidak langsung.
5. Merefleks
Melihat kepada hasil kajian yang telah dilakukan, terdapat perubahan yang
positif terhadap pencapaian dan tingkah laku pelajar serta amalan pengajaran
guru dapat ditingkatkan. Selain itu juga, saya dapat melihat penyertaan secara
aktif para pelajar terhadap sesi pengajaran dan pengajaran yang telah saya
lakukan.
Hal ini amat penting bagi saya untuk menilai tahap keberkesanan pembelajaran
yang telah saya jalankan di samping dapat meningkatkan motivasi mereka untuk
terus menguasai isi penting di dalam semua bab Pengajian Am. Jika para pelajar
menunjukkan penyertaan yang aktif, ini bermakna kaedah yang telah saya
jalankan dalam kajian ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar
seterusnya dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Selain daripada itu, sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat berjalan dengan
lancar semasa saya menggunakan kaedah ini. Hal ini kerana, para pelajar di
dalam kelas ini telah dapat mengingati dan menguasai isi penting Bab 2:
Perlembagaan Persekutuan yang dipelajari dengan baik. Keadaan kelas juga
terkawal apabila setiap pertanyaan guru yang mengaitkan isi-isi penting tersebut
dapat dijawab dengan tepat oleh para pelajar di dalam kelas. Kesimpulannya,
saya berharap agar kajian tindakan yang telah saya jalankan ini menjadi titik
tolak dalam diri saya agar sentiasa bersedia untuk menjadi seorang yang dedikasi
dan komited dalam melaksanakan tugas yang mulia ini.
DAPATAN KAJIAN
Profil Peserta Kajian
Seramai 23 orang peserta telah ditemu bual dan Jadual 6 berikut merupakan
profil mereka.
148

