Page 154 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 154

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               Jadual 6 :  Profil Responden Temu bual

                  Bil        Jantina     Gred diperolehi   Gred sasaran
                   1            P             B             A
                   2           L              B-            A
                   3           L              B-            A
                   4           L              C+            A-
                   5            P             C+            A-
                   6            P             C+            A-
                   7            P             C+            A-
                   8           L              C+            A-
                   9           L              C+            A-
                  10           L              C+            A-
                  11            P             C             B+
                  12            P             C             B+
                  13           L              C             B+
                  14            P             C             B+
                  15           L              C-            B+
                  16            P             C-            B+
                  17           L              C-            B+
                  18           L              C-            B+
                  19           L              C-            B+
                  20           L              C-            B+
                  21            P             D+            C+
                  22           L              D+            C+
                  23            P             D+            C+
                Jumlah                        23            23

               Profil responden di atas menunjukkan gred diperolehi dan gred sasaran mereka.
               Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati lebih ramai pelajar memperolehi A
               dan A-.  Penilaian  peningkatan  markah  ini juga  dijalankan  dengan  bertujuan
               untuk melihat perbezaan markah pelajar sebelum dan selepas penggunaan teknik
               Stop n Stick.  Melalui penilaian ini, saya dapat mengenalpasti perbezaan tersebut
               dengan lebih tepat.  (Jadual 7).Paparan  di jadual  7  menunjukkan  berlakunya
               peningkatan yang ketara di dalam markah para pelajar iaitu 12 orang daripada
               mereka mendapat PNG melebihi 3.00 iaitu 5 orang mendapat PNG 3.00, 5 orang
               mendapat PNG 3.33 dan 2 orang pelajar mendapat PNG 3.67. Manakala hanya
               11 orang daripada baki pelajar mendapat PNG kurang daripada 3.00 iaitu 4 orang
               mendapat PNG 2.67 dan 2.33, 2 orang mendapat PNG 2.00 dan hanya seorang
               mendapat PNG 1.00.

               Secara  keseluruhannya,  berlaku  peningkatan  markah  yang  tinggi  di  dalam
               Peperiksaan Akhir Semester 1 iaitu sebanyak 11% bersamaan 12 orang pelajar
               berbanding sebelum teknik ini dijalankan iaitu hanya 1 orang sahaja pelajar
               mendapat PNG melebihi 3.00  (Rujuk Jadual 1.0). Selaku guru, saya merasa
               sangat berpuashati dengan pencapaian ini dan akan terus menggunakan teknik ini
               di masa akan datang.



                                                                                   149
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159