Page 159 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 159

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
              JILID 6/2021




                   PEMUPUKAN KREATIVITI KANAK-KANAK PRASEKOLAH:
                           SATU TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK

                           ¹Norsita Ali, PhD. &  ²Mohd Nasrudin Basar, PhD.

                             1,2 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya

                                        norsita@ipgm.edu.my


                                             ABSTRAK

              Setiap individu adalah kreatif dan mempunyai ciri kreativiti secara semula jadi.
              Justeru kreativiti ini harus dipupuk di awal usia kanak-kanak prasekolah yang
              merupakan bakal pewaris dan modal insan negara pada masa hadapan. Artikel
              ini akan mengupas pemupukan kreativiti kanak-kanak prasekolah dalam bentuk
              analisis sistematik literatur. Data diperoleh melalui pelbagai sumber pangkalan
              data jurnal utama terkemuka (Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct)
              dan pangkalan data jurnal sampingan (Google Scholar dan My Cite). Setelah
              data diperoleh, ia dianalisis melalui Systematic Searching Strategies (SSS) untuk
              mendapatkan bahan yang tepat dan sesuai dengan bidang dan tema yang dikaji.
              Bahan yang diperoleh disaring dengan tiga langkah  Systematic Searching
              Strategies, (1)  identifikasi/  pengenalpastian, (2) saringan, dan (3)  pengesahan
              kelayakan/  kesesuaian. Hasil analisis daripada kajian-kajian lepas telah
              membentuk (1)  trend kreativiti kanak-kanak, (2) halangan pembentukan
              kreativiti-persekitaran rumah, faktor sosio-ekonomi keluarga dan (3) halangan
              oleh faktor  guru. Implikasi analisis sistematik literatur ini  dapat memberikan
              paradigma baharu untuk kajian yang melibatkan pembentukan kreativiti kanak-
              kanak dalam usaha menyokong matlamat Kurikulum Standard Prasekolah
              Kebangsaan di Malaysia.

               Kata Kunci:  kreativiti, ibu bapa, kanak-kanak prasekolah, halangan.


                                            ABSTRACT

              Every individual is creative and has the trait of creativity naturally. Therefore,
              this creativity should be nurtured at an early age of preschool children who are
              the future heirs and human capital of the country. This article will explore the
              nurturing of preschool children’s creativity through systematic literature
              analysis methods. Data were obtained through a database of leading major
              journals (Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct) and a database of side
              journals (Google Scholar and My Cite). Once the data is obtained, it is analyzed
              through Systematic Search Strategy (SSS) to obtain materials that are accurate
              and appropriate to the fields and themes studied. The material obtained was

                                                                                  154
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164