Page 12 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 12
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
Skema persampelan dan strategi anggaran yang terbaik tidak akan menghasilkan
data yang tepat sekiranya jawapan yang diberikan oleh responden tidak
bermakna (Nanda et al., 2013). Hal ini adalah normal kerana langkah mencari
ketepatan perlu seiring dengan langkah pembangunan soal selidik. Jika
diperhatikan sejak akhir-akhir ini, terdapat peningkatan penekanan dalam proses
mengesahkan soal selidik dan membangunkan reka bentuk soal selidik melalui
ujian pra. Maka, dalam kajian ini kesahan soal selidik merujuk kepada 2 jenis
ujian pra iaitu ujian informal dan ujian kognitif. Nanda et al. (2013),
menggariskan lima ujian pra iaitu focus group, Informal test, expert group,
cognitive interview dan observational interview. Namun dalam kajian ini
penyelidik akan menfokuskan kepada ujian informal dan ujian kognitif sahaja
(Jadual 1).
Jadual 1: Teknik Ujian Pra
Objektif Teknik Ujian Aktiviti Ujian Pra Literatur yang
menyokong
Informal Test: untuk Ujian Informal digunakan untuk
mengesan semua jenis mendapatkan maklum balas awal
kesalahan: kata-kata, mengenai reka bentuk soal selidik,
susun atur, langkau, dll untuk mengesan kesilapan dalam reka
bentuk, kata-kata dan langkau arahan. Rothgeb et al.
Ujian Infromal dilakukan dengan (2001)
rakan sekerja supaya dapat membantu
mengelakkan kesalahan yang tidak
sepatutnya
Cognitive Responden ditemu bual untuk
Interview:Untuk mengetahui tahap pemahaman,
mendapatkan maklumat berfikir dan proses menjawab. Temu
kualitatif tentang bual dijalankan menggunakan Biemer dan
bagaimana soal selidik pendekatan temu ramah yang intensif. Lyberg (2003),
difahami dan dijawab Debbie dan
dan mengenal pasti Pengujian kognitif bagi soalan Collins (2003),
soalan yang tidak dapat tinjauan dilakukan secara langsung Rothgeb et al.
dijawab oleh responden menerusi proses soal jawab untuk (2007)
dengan tepat mengenal pasti bagaimana “jika
soalan tersebut gagal mencapai tujuan
pengukurannya”
Penyelidik menggunakan proses terjemahan secara langsung (simple translation)
daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Penyelidik seperti Bullinger, et al.
(1993) menyatakan back-translation dan ujian pra (pre-test) merupakan syarat
minimum dalam menterjemahkan instrumen. Dalam kajian ini tiga orang
pensyarah dalam kalangan rakan sekerja yang pakar dengan dwibahasa iaitu
bahasa melayu dan bahasa Inggeris telah dilantik untuk membuat proses back
translation. Kaedah back-translation mesti menggunakan sekurang-kurangnya
dua penterjemah dwibahasa yang biasa dengan sumber dan sasaran bahasa (Su &
Parham, 2002). Untuk memulakan proses back-translation, kumpulan
penterjemah membuat terjemahan awal daripada sumber versi ke versi sasaran.
7

