Page 34 - tmp
P. 34

Perancangan Sekolah 2020

                 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

                        7.3  Keselamatan murid ketika aktiviti kokurikulum adalah tanggungjawab guru bertugas sepenuhnya (duty
                           of care). Kecuaian guru boleh didakwa.

                        7.4  Guru-guru  juga  bertanggungjawab  menyediakan  aktiviti  kokurikulum  yang  bersesuaian  dan  menarik
                           mengikut perancangan kokurikulum dengan sasaran membangunkan kemenjadian murid dalam semua
                           aspek.

                        7.5  Semua rekod aktiviti kokurikulum hendklh dicatat dalam Buku Rekod Aktiviti  Kokurikulum dan Buku
                           Rekod Peribadi Murid sebaik sahaja aktiviti tamat.

                        7.6  Guru-guru penasihat tidak dibenarkan mengutip wang / yuran keahlian tanpa kebenaran Guru Besar.
                           Sebarang kutipan yang dibenarkan, hendaklah diurus dengan baik di dalam buku kira-kira khas dan
                           disahkan oleh Guru Penolong Kanan kokurikulum.

                        7.7  Guru-guru  yang  dilantik  sebagai  Jurulatih  Projek  Gemilang  Sukan  dan  Permainan  Sekolah  adalah
                           bertanggungjawab sepenuhnya menjayakan projek ini dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh
                           JK Kokurikulum Sekolah.


                    8.  Pengurusan Kewangan Sekolah
                        8.1  Pungutan Bayaran Tambahan Sekolah

                           8.1.1   Hanya Guru Kelas yang diberi Surat Kuasa memungut wang kerajaan yang boleh membuat
                                   pungutan daripada murid.

                           8.1.2   Semua pungutan bayaran tambahan hendaklah dikeluarkan resit kepada murid dan diserahkan
                                   kepada Pembantu Tadbir Kanan pada hari yang sama. Adalah menjadi kesalahan di bawah
                                   Arahan Perbendaharaan (AP) jika peraturan ini tidak dipatuhi.

                        8.2  Pungutan bayaran lain hanya boleh dibuat dengan kebenaran dan surat kuasa Guru Besar.
                        8.3  Pembelian

                           8.3.1   Semua pembelian keperluan alat bantu mengajar boleh dibuat menggunakan peruntukan PCG
                                   Mata Pelajaran dengan persetujuan Ketua Panitia dan kelulusan Guru Besar secara pesanan
                                   tempatan (LO). Sila isi nota minta sebelum pembelian di buat.

                           8.3.2   Hanya  pembelian  serta-merta  di  bawah  RM50  dibenarkan  menggunakan  PWR  dengan
                                   kelulusan Guru Besar.


                    9.  Menjalankan tugas rasmi di luar sekolah.
                        9.1  Guru-guru yang ditugaskan menghadiri tugas rasmi (mesyuarat, kursus, kokurikulim, dll) di luar sekolah
                           wajib hadir mengikut peraturan yang sepatutnya. Guru yang bertanggungjawab adalah mewakili sekolah,

                           justeru perlu menjaga imej sekolah sebaiknya.
                        9.2  Perlu membuat minit curai berdasarkan dapatan taklimat / kursus dan sebagainya .

                        9.3  Semua bahan dan maklumat yang diperolehi adalah hak sekolah dan perlu diserahkan bersama-sama
                           Laporan Rasmi kepada Guru Besar sebaik sahaja kembali ke sekolah.





                 SK KOTA KUALA MUDA                                                                         20
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39